CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbaru, Perbicaraan Inkues Muhammad Adib Ditutup Secara Rasmi

24-7-2019 03:12 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3860| Komen: 19|Original author: Oleh: intan

Description: Terbaru, Perbicaraan Inkues Muhammad Adib ditutup secara rasmi.


Setelah sekian lama rakyat Malaysia mengikuti prosiding perbicaraaan Inkues kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM), Allahyarham Muhammad Adib, akhirnya telah ditutup secara rasmi.
Harian Metro melaporkan Rofiah Mohamad selaku koroner inkues tersebut telah menutup prosiding tersebut setelah berpuas hati keterangan saksi-saksi sepanjang perbicaraan.

"Setelah mengamati dan meneliti keterangan saksi yang ditampilkan, mahkamah berpuas hati dan dengan ini mahkamah tidak akan memanggil lagi mana-mana saksi untuk memberi keterangan. Oleh itu, prosiding perbicaraan inkues ini ditutup."

Perbicaraan yang telah bermula sejak 11 Februari lalu telah mengumpul sebanyak 30 saksi, 137 eksibit selama 41 hari perbicaraan. Pada 24 Ogos depan, mahkamah telah meminta pihak pihak yang berkepentingan untuk hadir memfailkan hujah bertulis kepada mahkamah.

Dijangka peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Adib akan hadir untuk merekodkan hujahan bertulis tersebut.


Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilaporkan meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu setelah 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara akibat cedera parah. Adib yang ketika itu sedang berkhidmat sebagai anggota JPBM cedera parah dipercayai dipukul perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Mariaman , USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu. - CARI



Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-7-2019 03:14 PM
Semoga yg benar diberi kemenangan..
Quote chinta89 24-7-2019 03:17 PM
jadi kesudahannya?
Quote buragazz 24-7-2019 03:19 PM
Maknanya pasni kene tunggu keputusan lah..
Quote awanysss 24-7-2019 03:21 PM

baru habis bicara, next kena file kan hujah pulak. then baru keputusan.
Quote ziezot 24-7-2019 03:32 PM
Mudahan yang benar akan menang. Kematian adib terbela
Quote dino 24-7-2019 03:33 PM
cacai @dodolgemok munafik sila la masuk sini
Quote kualibesi 24-7-2019 03:34 PM
semoga kematian adib ini terbela
Quote piep 24-7-2019 03:52 PM
lama lagi la ye keputusan nya
Quote Chairman 24-7-2019 04:10 PM
semoga kebenaran dapat ditegakkan
Quote star_anisse 24-7-2019 04:19 PM
knp mcm tak nampak cahaya kes ni?
Quote Mfzg89 24-7-2019 04:24 PM
semoga kematian Adib terbela..harap xde campur tangan tangan2 ghaib...
Quote Xim 24-7-2019 04:28 PM
Tahiniah kirajaan
Quote nono86 24-7-2019 04:40 PM
Moga terbela nasib arwah. Insya allah.
Quote amerald 24-7-2019 07:51 PM
Semoga dipermudahkn
Walaupun lambat untuk tahu kebenaran,
Lambat laun akan keluar jugak kebenaran tu dengan sendirinya
Masa ni semua masih ditutup lagi... sabarrrr
Quote kivio 24-7-2019 08:25 PM
Ouh baru tutup perbicaraan.
Nak kena tunggu verdict lagi.
Quote mbhcsf 26-7-2019 09:10 AM
tak pe ....yaumul qiyammah semua tak terlepas daripada al mizan...titian sirrat dan segalanya.
Quote zjen 27-7-2019 09:42 PM
kene tunggu PM mamak keturunan Kelly.Ng letak jawatan baru buka fail kes ni balik

sabar la ...  next PRU genti PH bungkus

tapi ....  adakah UMNO minat buka balik fail ni belum pasti,   so far xde pape janji pon kecuali bantah ICERD dan Rome Status

asalkan janji sebelum PRU pon tak bermaksud anu dpt keras after menang ....  cuba tgk PH,   janji tutup Lynas b4 PRU kang buka lagi byk  



Quote ronin 29-7-2019 07:55 AM
Tunggu lepas PRU15...dgn AG sekali heret ke muka pengadilan.
Quote Shayang 31-7-2019 07:54 AM
Aku tak paham apa yg susah sgt perbicaraan kes ni, padahal terang lagi bersuluh kot.
Kalau dah cedera kt tempat rusuhan dah tntu la yg melakukannnya ialah perusuh2 kat situ.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054383 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top