CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

72,316 Pemandu Pengangkutan Awam Gagal Bayar Saman

1-10-2013 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2470| Komen: 4



KUALA LUMPUR - Sebanyak 72,316 pemandu kenderaan perkhidmatan awam mempunyai rekod saman tertunggak sehingga 19 September lepas, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

     
Beliau berkata saman berkenaan dikeluarkan atas kesalahan yang dikuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
   
"Bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai rekod sama ada pemandu-pemandu itu masih memandu pengangkutan awam," katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan-BN) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
   
Abdul Ghapur bertanya mengenai bilangan pemandu pengangkutan awam yang mempunyai kes tertunggak dengan pihak berkuasa tetapi masih memandu pengangkutan awam.
   
Abdul Aziz berkata menjadi tanggungjawab pengusaha pengangkutan awam untuk memastikan pemandu mereka mempunyai rekod bersih dan tidak memiliki saman tertunggak.
   
Mengenai pemandu bas yang terlibat dalam tragedi kemalangan di Genting Highlands 21 Ogos lepas, beliau berkata mendiang Lim Kok Hoe mempunyai 16 saman tertunggak.
   
Abdul Aziz berkata kementerian telah menasihati JPJ supaya menubuhkan sebuah unit khas yang boleh mengambil tindakan serta-merta terhadap pemandu kenderaan awam yang melakukan kesalahan.
   
"Kaedah yang lebih ketat akan dilaksanakan oleh JPJ dengan terus menggantung dan membatalkan lesen pemandu berkenaan," katanya menjawab soalan Abdul Ghapur mengenai tindakan lebih tegas dibuat oleh kementerian untuk mengatasi masalah pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang melanggar peraturan.  - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 2-10-2013 02:48 AM
Sistem demerit kejara dah ada dulu, bentikan atas alasan sistem rosak. Walhal yg buatnya rosak dek sbb overloaded dgn pemanduan marhein yg membangsat di jalan Raya yg diluar jangkaan.

dtg pulak pe'el politaik palat dgn diskon ke Hulu, diskon ke hilir sbb prihatin dgn kesengsaraan Rakyat.

bodohnya punya politaik media. Pegi mampus Lah dgn kesengsaraan puak langgar undang2 jalanraya neh.


bangang.
Quote kasibiman 2-10-2013 02:50 AM
Pastu dok asek takajut ke Hulu takajut ke hilir dgn mortality rate jalanraya.


idiots.
Quote kasibiman 2-10-2013 02:51 AM
Gejala tonto pon takleh nak setel. Hantar aja Lah fru pegi belasah tonto sampai mampos.


itu pon nak di ajar?


dasar bodo takbleh di ajar.
Quote -electrifying- 2-10-2013 10:17 AM
puak atasan ats nun xde plak kna smn, pdhl bwk laju mcm babi nk mnyondol je. ohh lupe ade escort, xmmbhyakan pon.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.310137 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top