Setelah keguguran hampir tiga kali sebelum ini, akhirnya Datuk Jamal Abdillah mengesahkan isteri beliau Datin Zai Izzati Khirudddin, 25, hamil enam bulan.
Datuk Jamal yang kini berusia 60 tahun juga mengatakan telah membawa isteri kesayangan beliau menjalani pemeriksaan mengesan jantina bayi dalam kandungan. Teka-teki itu terjawab apabila pasangan sensasi itu bakal menerima cahaya mata perempuan nanti. "Alhamdullah, doktor beritahu bayi berada dalam keadaan sihat. Syukur sangat apabila doktor juga beritahu kami akan menimang cahaya mata perempuan nanti," ujar beliau ketika ditemuramah Harian Metro. Menjawab persoalan kenapa baru sekarang diumumkan berita gembira ini kepada peminat, Jamal memberitahu bahawa dia menunggu masa yang sesuai. Tambahan pula dia (isteri) telah gugur banyak kali, jadi saya lebih berhati-hati. Tiada niat untuk berahsia dengan peminat,"
"Saya harap peminat dapat mendoakan kesejahteraan dan selamat melahirkan bayi kami nanti," katanya lagi. Datuk Jamal sempat mengalu-alukan peminat untuk memberi nama kepada bayi yang bakal lahir. Ujarnya lagi, mereka masih mencari nama yang sesuai dan maksud yang baik untuknya. Jika peminat ada nama yang baik boleh bagitahu saya dan isteri," Datuk Jamal dan Zai Izzati selamat bernikah pada 1 April 2017 yang lalu. Ini merupakan perkahwinan kali keempat Datuk Jamal di mana sebelum ini beliau pernah bersama dengan Basariah Abdul Latif, Noraina Yusof dan Fatimatuzahrah namun berakhir dengan penceraian. Sumber foto : Kosmo online Penyanyi terkenal itu juga mempunyai anak menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12. - CARI |
Kurex replied at 25-7-2019 11:46 AM
Semoga dapat anak jamal abdillah
awanysss replied at 25-7-2019 12:06 PM
buatlah anak sendiri.
Boomibulat replied at 25-7-2019 02:25 PM
X boleh sbb sperma dia berenang tanpa arah tujuan..
ADVERTISEMENT