CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cakap Tak Serupa Bikin! Pemimpin PH Boleh Pula Pakai Pangkat Jeneral 1 Bintang

24-7-2019 10:16 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4881| Komen: 17|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Mohamad menyematkan pangkat Brigedier Jeneral pada bahu Adly (atas, kanan) dan Amirudin (bawah, kanan) walaupun tindakan itu bercanggah dengan janji yang dibuatnya dahulu

Kredit foto: Malaysiakini dan Facebook Kementerian Pertahanan

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sekali lagi menjadi sasaran netizen untuk melepaskan geram berikutan kegagalan beliau menepati janji untuk tidak menganugerahkan pangkat kehormat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada ahli politik.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu membuat janji itu seperti dinyatakan dalam laporan Bernama yang disiarkan Malaysiakini pada 19 April lalu.

Memetik laporan tersebut, beliau berkata, "Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awam, ia perlu menjalani latihan ketenteraan seperti melalui pasukan Askar Wataniah dan bukan dianugerahkan melalui orang-orang politik." 


Namun, pada 23 Julai, Mohamad sendiri menganugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) kepada dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.


Netizen turut mempersoalkan kelayakan Adly dan Amirudin memakai pangkat tinggi tentera
Kredit foto: Facebook Kementerian Pertahanan

Sudah tentu tindakan Mohamad itu menimbulkan kekesalan dalam kalangan netizen yang menyifatkan beliau 'cakap tak serupa bikin'.

Mereka mempertikaikan kelayakan pemimpin parti politik untuk memakai pangkat sebesar itu memandangkan pegawai tentera yang bertauliah pun mengambil masa berpuluh tahun untuk mencapai tahap sedemikian.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan melalui laman Facebook menyatakan, pemakaian pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) kepada Amirudin dan Adly itu adalah atas kapasiti mereka sebagai penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di negeri masing-masing.

"Penaung JAKPAW di setiap negeri adalah Menteri Besar/Ketua Menteri yang dilantik menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat). 

"Kesemua perjawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan MAT dan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972," jelas Kementerian Pertahanan.

Memanglah pelantikan dibuat mengikut akta, tetapi isu yang dibangkitkan netizen adalah tindakan Mat Sabu melanggar janji yang dibuatnya kira-kira tiga bulan lalu. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-7-2019 10:28 AM
Ala bodoh....
Quote chinta89 24-7-2019 11:13 AM
b"""" kuasa 2.
Quote hussaini4675 24-7-2019 11:14 AM
Kerajaan sepenggal
Quote EmaAsmadi 24-7-2019 11:42 AM
Pandai ph create plot baru {:nose {:nose
Quote Ina8895 24-7-2019 12:04 PM
Nape abg mat tak pakai uniform. Mesti segak kan. Sama macam mb selangor. Hmmmm....
Quote natrahn 24-7-2019 03:35 PM
Peruntukan undang-undang sedia ada Anugerah Kehormat Tentera


1. Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1, Tahun 1996 (saya tidak boleh lampirkan kerana ianya minit-minit mesyuarat peringkat pimpinan tentera tertinggi yg sulit)
2. Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972 (saya telah lampirkan)

Dalamnya diperuntukkan sebegini....

1. Jawatan Ketua Menteri (KM) Dan Menteri Besar (MB) setiap negeri datangnya secara otomatik dengan jawatan 'PENAUNG JAKPAW NEGERI'. Dan, jawatan 'PENAUNG JAKPAW' datangnya dengan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera serta perkenan Yang Dipertuan Agong (YdPA).

Dlm erti kata lain, siapa2 pun naik sbg MB ataupun KM akan dilantik secara otomatik sbg 'PENAUNG JAKPAW NEGERI', dengan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)'.


2. Perkara ini adalah sama seperti jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri di mana jawatan ini datangnya secara otomatik dengan jawatan 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI'. Dan, jawatan 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI' pula datangnya dengan gelaran 'KOL (KEHORMAT)'.

Dlm erti kata lain, siapa2 pun naik sbg SUK akan dilantik secara otomatik sbg 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI', dengan gelaran 'KOL (KEHORMAT)'.

Khaled Nordin jadi MB Johor, beliau pernah dianugerahkan title kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pada Ogos 2015, sebab gelaran kehormat tersebut seiring dengan jawatannya sbg Penaung JAKPAW Johor.

Adenan Satem jadi KM Sarawak, beliau pernah dianugerahkan title kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pada Februari 2016, sebab gelaran kehormat tersebut seiring dengan jawatannya sbg Penaung JAKPAW Sarawak.


Apabila Menteri Pertahanan sebelum ini mengatakan "tiada gelaran untuk ahli politik dan selebriti", yang dimaksudkan adlh penganugerahan kpd golongan ahli2 politik yg tidak diwajibkan di bawah mana2 undang2 ataupun peraturan2.

Ahli-ahli politik yg dimaksudkan adalah seperti wakil rakyat biasa, Ketua-ketua Bahagian/Cawangan/Cabang parti politik, Ketua-ketua Sayap parti politik dan sebagainya. Kedudukan mereka berbeza dengan kedudukan MB/KM/SUK.

Sebelum ini golongan ahli2 politik yg tidak wajib diberi gelaran kehormat pernah diberi gelaran kehormat untuk tujuan politik. Dan inilah yg ingin dicegah. Bukan golongan jawatan2 yg sememangnya telah diperuntukkan di bawah undang2.

Yg terakhir..... oleh sbb gelaran2 kehormat ini datangnya dgn jawatan MB/KM/SUK, Angkatan Tentera Malaysia berhak menarik balik gelaran2 kehormat ini setelah tempoh jawatan MB/KM tersebut berakhir.
Quote meow_tompok 24-7-2019 03:56 PM
adoi.. mmg sepenggal la
Quote Chairman 24-7-2019 03:58 PM
Dulu lain..sekarang lain
Quote hussaini4675 24-7-2019 04:14 PM
natrahn: Peruntukan undang-undang sedia ada Anugerah Kehormat Tentera1. Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1, Tahun 1996 (saya tidak boleh lampirkan ker ...


Masalahnya abang mat dah janji takde lagi anugerah pangkat kehormat tentera kepada ahli politik & artis.

Dia sendiri yang kata camtu. Alih2 kawan2 dia dalam PH dapat pangkat brig jen.

Kalau dia bersungguh2, mesti dia bawa usul ke parlimen untuk pinda peruntukan dalam akta angkatan tentera. Tapi dia tak buat pun.


Quote nono86 24-7-2019 05:00 PM
Bukan sengaja lupa janji. Mungkin terlalu sibuk sejak jadi menteri, lupa nak makan kismis minda
Quote Pink_Purple 25-7-2019 12:14 AM
jangan keluar sebarang kenyataan sebelum dibuat kajian..
Quote am2020 25-7-2019 01:51 AM
manusia baru dpt kuasa mmg kemarok....tu laki bini anak beranak lagi la gila kuasa selagi laki x dpt jd pm
Quote Rajawali 25-7-2019 11:46 AM
ni tak dak salah lain la ni...ini musti...





















...salah 1MDB dan Najib
Quote cewekbopot 25-7-2019 12:59 PM
lalalalalalalalalalalala
Quote ally9970 25-7-2019 04:11 PM
kalau title brig gen (k) tu auto, then kenapa mb kelantan tak dpt? MB negeri2 lain?
Quote Zalimohd 27-7-2019 06:35 AM
Lantak lah.. Mat sa
Quote Zalimohd 27-7-2019 06:36 AM
Lantak lah mat sabu nk bagi.. Bukan perompak peyamun pun macam najib rosmah puaka

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.124983 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top