CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awang Besul Mati Meninggalkan Nama, Hidap Penyakit Canine Distemper

25-7-2019 11:24 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3365| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Ditangkap semasa berkeliaran di Kampung Besul Lama, Dungun, Terengganu.
Awang Besul disahkan menghidap penyakit 'canine distemper'. Kredit foto: Facebook Perhilitan


Awang Besul, harimau Malaya yang ditangkap ketika berkeliaran di sekitar Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada 19 Julai lalu disahkan mati empat hari kemudian.

Memetik kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dalam laman Facebook, kematian dikenal pasti berpunca daripada virus 'canine distemper'.

Penyakit itu disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing dan hidupan liar lain termasuk harimau.

"Jika penyakit ini terkena pada harimau, ia akan menunjukkan tingkah laku tidak takut kepada manusia dan kebarangkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis.

"Pihak jabatan tidak menolak kemungkinan 'canine distemper' yang dihidapi Awang Besul disebarkan oleh haiwan liar di sekitar Kampung Besul Lama," jelas Perhilitan.


Perhilitan juga masih memantau kawasan sekitar kampung tersebut dan memasang perangkap harimau bagi memastikan penduduk dalam keadaan selamat.

Awang Besul menerima rawatan dan dikuarantin. Kredit foto: Facebook Perhilitan

Selepas ditangkap, pemeriksaan di lapangan mendapati Awang Besul cedera pada bahagian kaki, mengalami keradangan mata dan berada dalam keadaan dehidrasi.

Haiwan itu seterusnya dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar di Sungkai, Perak pada hari yang sama bagi mendapatkan rawatan daripada doktor veterinar Perhilitan dan dikuarantin.

Pemantauan rapi di pusat itu mulai 20 hingga 23 Julai mendapati ada tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj.


Patutlah harimau yang dirakam dalam video yang tular melalui media sosial baru-baru ini tidak kelihatan garang kerana rupa-rupanya ia ada masalah kesihatan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MyStiQu3 25-7-2019 12:12 PM
Kesian Awang Besul...innalillah. Dan harimau malaysia pun semakin hampir kepada kepupusan..
Quote hussaini4675 25-7-2019 12:17 PM
Makin pupus harimau malaya
Quote be-keng 25-7-2019 12:48 PM
tranung = awang
swak = bujang
Quote cik_kuntum36 25-7-2019 12:58 PM
sbb tu la dia xtkt kat org or xmembahayakan org sekeliling... huhuhu kne virus rupenye...
Quote CiliPadiSedap 25-7-2019 01:09 PM
be-keng replied at 25-7-2019 12:48 PM
tranung = awang
swak = bujang

selatan - enggang
Quote Artemesiaa 25-7-2019 01:12 PM
Kesian lambat mendapatkan rawatan untuk diselamatkan
Quote saviour_09 25-7-2019 02:10 PM
so long & goodbye awang
Quote Ina8895 25-7-2019 02:12 PM
Kesian tengok pakcik dalam video tu. Berguling kena cium ngan rimau.
Quote be-keng 25-7-2019 02:16 PM
apa tu penyakit KANINA !
Quote delsmomm 25-7-2019 02:47 PM
keniannya harimau malaya...
Quote kualibesi 25-7-2019 04:53 PM
rest in peace awang
Quote Foxey 25-7-2019 05:50 PM
Kesian awang besul, sakit rupanya
Quote Sham143 25-7-2019 06:15 PM
"Awang Besul" Buruknya nama..
Quote diss69 25-7-2019 09:54 PM
Sham143 replied at 25-7-2019 06:15 PM
"Awang Besul" Buruknya nama..

Mula akk sebut awang bisul, rupanya besul..
Quote Mejami 17-9-2019 05:59 AM
Sham143 replied at 25-7-2019 06:15 PM
"Awang Besul" Buruknya nama..

Sebab dijumpai di Kg. BESUL..dlm daerah Dungun Trgnu..iols prnh pergi uitm kt situ.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049906 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top