CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Pork Dah Halal Ke?' - Warga Twitter Berbalah Isu Daging Khinzir Tiruan Buatan Malaysia

23-7-2019 05:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7191| Komen: 31|Original author: Oleh: LilRose


Jika sebelum ini kecoh mengenai bir tanpa alkohol Heineken yang dikatakan halal, terbaru, warganet panas dengan iklan daging khinzir 'halal' pula!

Semuanya bermula apabila Twitter Amanz memuat naik iklan Phuture Minced Pork, produk daging babi sintetik berasaskan tumbuhan yang dikilangkan syarikat berpengkalan di Malaysia, Phuture Foods.



Rata-rata pengguna dari kalangan Muslim terutama masyarakat Melayu tidak berpuas hati dan mendakwa umat Islam diperbodohkan.






Bagaimanapun, kritikan ramai pihak itu ditempelak warganet lain yang menyindir dunia bukan untuk 'Melayu Islam' saja.


Kau ingat, Melayu Islam je ke hidup kat bumi ni?



Namun, beberapa pihak tampil menjelaskan iklan ini tidak akan menjadi isu sekiranya ia tidak menyebut perkataan 'khinzir' hingga mencetus perdebatan menegakkan pendapat masing-masing.


Benda ni untuk vegan je, yang kecoh kenapa?



Kenapa ramai yang bitter sangat mengenai Phuture Minced Pork ini? Rupa-rupanya, Amanz sebelum ini membuat kapsyen mengelirukan sebelum memadam dan memuat naik semula kapsyen baru.


Kredit foto: Twitter

Ada yang nak sambung berdebat di forum pula ke? - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikB 23-7-2019 06:41 PM
sesuai la utk vegetarian...
Quote shernazz 23-7-2019 07:33 PM
Dolu iols.slalu beli ayam vegetarian tu..sedap juga..tp.iols buat goreng saja la..cicah sos..
Masa study tu suka.try sample..sedap terus beli.je..buat makan dgn nasik..

Tp skali je la iols beli sebab akak umah iols masa tu sound jgn beli..
Quote Aurora175 23-7-2019 08:08 PM
Ini la akibat keterbatasan dlm berkawan berbilang kaum.... ilmu itu penting

ni utk vegetarian people la... dan kategori vegetarian people plak terbahagi pd yg sudah menganut sedari kecik dan menganut apabila dewasa dan meninginkan memakan makanan berasaskan daging yg pernah mereka makan sebelum ini... so terhasil la produk2 soya seumpama daging (ayam, lembu, kambing, babi dan ikan)
and produk ni pn dah lame ade di pasaran takde isu as produk ni digunakan di vegetarian restaurant

Quote sapeka 23-7-2019 08:15 PM
Motip hadap nak mkn dgg babs?
negara ni kekurangan mknn ke?
Quote Kurex 23-7-2019 09:15 PM
Kawan cina mualaf aku, lepas je masuk islam, terus dah tak makan babi
Quote Tudunghitam 23-7-2019 10:09 PM
Kalau org marketing tu cerdik, dia akan letak highlight yg maybe berbunyi "Good news for Vegetarians!!" . Kalau dia guna keyword vegetarian tu, dia Akan terus dpt capture targeted audience dia Dan Muslim-consumers pun Tak lah melatah
Quote belilies 23-7-2019 10:43 PM
Amanz ni pun satu. Kau lupa ke ada vegetarians? Agak agak le nak rasis. People like you bring shame to your religion. Pathetic.
Quote hyie 23-7-2019 10:46 PM
disebabkan semuanya berasaskan sayur-sayuran, so yang perisa vavi tu ummah moslem boleh melantak lah khuens? #sistanyajeyach
Quote Unicorn_heart 23-7-2019 10:56 PM
Itupun mo sentap.....  {:nose
Quote munchkin 24-7-2019 04:59 AM
Edited by munchkin at 24-7-2019 05:05 AM

Tak pernah dengar ke org mengamalkan vegetarian. Kaum india cina. Melayu susah nak cari. Pleaselah ko ingat produk tu dicipta utk ko.

Kalau ikutkan member aku yg vegetarian lagi strict kuah yg ada daging pun tak makan. Telur pun tak makan.

Ni duduk bawah tempurung.
Quote mbhcsf 24-7-2019 05:36 AM
tak hairan pun sebenarnya, tapi kalau ia halal sekalipun so what - kenapa ada yg beranggapan muslim akan kempunan ke kalau kena abstain from arak , atau khindzir.

mungkin ya  pada yg  nak ikut trends .

adayg vegan  yg strict tak teringin pun nak jamah yg ada makanan berasaskan daging  etc awatlah  ada yg beria ria terkinja yg nak buat perisa itu ini. yg nak mimik yg haram sbb ia  boleh dihalalkan hanyasanya ia berasaskan bhn halal?

ada kot ye di antara muslims sendiri yg minda sapu saja apa apa yg trending. pity, mangsa keadaan.
Quote lattehazelnut 24-7-2019 06:04 AM
Biasa la org sekarang sume nak pakai keyword bodoh utk viral kan product
Quote Ferr_Remy 24-7-2019 06:38 AM
Iols suka makan vege... Bukan ke dr dlu ade makanan vege char siu wahai bodoh2 yg asek triggered jer hahaha. Xde lak jadi isu. Brlmbak Malay makan kat Aeon sbb kt tmpat makanan halal. Padahal Char Siu tu bbq pork belly.
Quote natrahn 24-7-2019 08:47 AM
kalau dah ada perkataan khinzir tu tak boleh lah letak halal.  Apa bentuk keadaan daging khinzir haram dimakan , lemak, tulang, kulit, bulu, perut dan lain-lain bahagian kat badan khinzir tu 100% tak boleh dimakan.
Quote eyansss 24-7-2019 09:42 AM
hyie replied at 23-7-2019 10:46 PM
disebabkan semuanya berasaskan sayur-sayuran, so yang perisa vavi tu ummah moslem boleh melantak lah ...

mengikut pemahaman aku takleh sebab menyerupai...  kalau air teh tapi kasa minum kita bayangkan wine, jatuh haram...  aku pernah dengar
pasal ni tapi kalau ada yang tau lagi tepat boleh betulkan...
Quote miu84 24-7-2019 10:17 AM
Dah kenapa ini pun mau triggered? Perasan alahai. Semua benda dalam dunia ni memang berkisar moslems sahaja kah??
Quote kucingitam 24-7-2019 11:14 AM
jenih dok bawah tempurung ni...tau tak ada kumpulan vegetarians? asyik nak pecah belahkan masyarakat je..
Quote Asdan 24-7-2019 12:06 PM

boleh makan,

serupa kuih tahi itik, nama tahi itik, rupa tahi itik, tapi bukan tahi itik
Quote Artemesiaa 24-7-2019 12:29 PM
Bukan benda baru pun dah bertahun ada ia dibuat khas untuk golongan golongan bukan islam tapi mengamalkan pemakanan secara  vegetarian (hanya makan makanan yang berasaskan tumbuhan dan sayuran).  Sebab tu penting cari tahu dulu sebelum komen bila kurang pegetahuan akhirnya diri sendiri dapat malu.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060992 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top