Baru beberapa bulan bertunang, Syafie Naswip dan Aishah Azman sudah putus? Sekejapnya! Apa dah jadi ni? Jawapan Syafie mengenai perkara itu akhirnya merungkai teka-teki yang sering bermain di benak peminat dan warganet apabila gambar pertunangan mereka 'ghaib' dari sosial media. "Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini," tegasnya yang enggan perkara itu dipanjangkan.
Memetik Astro Gempak, Syafie bagaimanapun menegaskan keputusan untuk putus tunang itu dibuat dengan persetujuan bersama. "Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan. "Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?" katanya. Tegasnya lagi, ini kali pertama dan terakhir dia membuat kenyataan mengenai pertunangannya yang terkandas di tengah jalan. Aisyah yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Buat masa sekarang, saya tidak mahu keluarkan apa-apa statement. Kalau pihak Ayie (Syafie Naswip) mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang. "Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat," luahnya. Syafie dan Aishah yang melangsungkan pertunangan pada 7 April lalu dijangka menamatkan zaman solo hujung tahun ini, namun tiada jodoh mereka. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|