CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Akui Sedih & Menangis Setiap Kali Berdoa Mengenai Jodoh..

23-7-2019 12:10 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4114| Komen: 13|Original author: Oleh: SakuraJo

Walaupun luarannya nampak kuat, tetapi tiada siapa yang menyangka pengacara, pelakon dan usahawan popular Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor kerap kali menitiskan air mata apabila berdoa mengenai jodoh.



Menerusi laporan Media Hiburan, Neelofa mengakui yang dia kerap berdoa dan mengharapkan bakal suaminya nanti merupakan seorang yang bukan sahaja mampu memberikan kebahagiaan kepada dirinya tetapi juga kepada orang yang berada disekelilingnya. 

"Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling," ujar Neelofa seperti yang dipetik daripada Media Hiburan. 



Tambah Neelofa lagi dia sedar ramai yang memandangnya sebagai ikon dan pasti sahaja pasangannya nanti akan mendapat perhatian ramai dan memberi impak yang besar. 

Wanita cantik itu juga turut mengakui kerap menangis dan sedih setiap kali dia memohon doa mengenai bakal imamnya itu.

"Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh," ujarnya lagi. 

Kredit foto : Instagram Neelofa

Dalam pada itu, ramai yang mengharapkan Neelofa dipertemukan dengan jodoh yang baik dan ada juga yang menganggap yang pemilik Naelofar Hijab ini mungkin terlalu memilih. 

Kredit : Instagram Media Hiburan

Apa pun kami berharap yang Neelofa akan bertemu dengan lelaki idamannya yang boleh membahagiakannya kelak. Memilih? Memang sewajarnya bagi seorang wanita itu untuk memilih bakal suaminya kerana perkahwinan bukan dibina untuk hidup bersama sekadar sebulan dua tetapi seumur hidup. Betul tak? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 23-7-2019 12:39 PM
kesian lopa..muka cantik, kaya, tapi susah nk dpt jodoh..
Quote Mfzg89 23-7-2019 12:52 PM
Edited by Mfzg89 at 23-7-2019 12:54 PM

Sedih napenye .jom kita kawin.  Harta bagi 2..
Quote mieymiey 23-7-2019 01:02 PM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D1
Quote ketambangkang 23-7-2019 01:49 PM
statement selepas abe SK kembali menduda
Quote kroit92 23-7-2019 02:41 PM
lain orang, lain ujian

kaya harta, kaya rupa, lambat jodoh pulek

ada orang, miskin harta, miskin rupa, tapi hidup bahagia, free stress

or miskin harta, tapi kaya kasih-sayang, family bahagia

ada orang, kaya harta, keluarga berantakan, gaduh, dengki sana-sini

lain orang, lain ujian kan. bertabah la
lain orang lain ujian
Quote kaklong32 23-7-2019 03:04 PM
sabo lah pah sesungguhya Allah dah aturkan yg terbaik utk setiap hambaNya
Quote Zalimohd 23-7-2019 03:50 PM
Awak yg jual mahal.. Nk kawin dgn anak raja..simpanlah ego tu..
Quote Madel 23-7-2019 03:51 PM
Ha ha ha
Aku ketawa..
Quote pearlady 23-7-2019 05:46 PM
lepas ni bleh kembali rungkas tangga yestanaaaa
Quote Minami2013 23-7-2019 08:53 PM
Setelah lama nama lopa sepi kat forum cari, sekarang naik semula la ye.. anyway, moga dipermudahkan jodoh neelofa.. ikhlas i doakan. Tapi kehendakNya la juga utk makbulkan ke tidak kan.. Semua nya di tangan Allah...
Quote miss_sepet 23-7-2019 09:34 PM
Sorry la neelopa i dont like u
Quote Dragonkings 23-7-2019 10:22 PM
Lofa...abam ada.....abam xkaya...tp abam boleh bg kebhgiaan dkt lofa....{:run
Quote nono86 24-7-2019 05:23 PM
Bagus, berdoalah selalu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049389 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top