CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perairan Indonesia Lebih Banyak Sampah Daripada Ikan Menjelang 2030

22-7-2019 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4480| Komen: 30

Pasti mengejutkan apabila perairan Indonesia nanti bakal dipenuhi sisa buangan plastik berbanding ikan menjelang tahun 2030.

Hal tersebut diperkatakan sendiri oleh Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti yang melihat perkara tersebut tidak mustahil berlaku jika Indonesia masih culas mengambil berat hal tersebut. 


“Inilah sebabnya kita perlu hentikan penggunaan plastik seperti beg atau botol. Susah semestinya bukan sampah yang mahu kita pancing di laut,” katanya kepada agensi berita Antara. 

Katanya lagi, Indonesia merupakan negara kedua menjadi lokasi pengumpulan sisa plastik selepas negara China. 

Kredit foto: Awani

“Berhenti menggunakan bahan plastik kerana ia menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Bermula sekarang, berhenti menjadi negara yang dicemari dengan sisa plastik.

“Kita sudah dianugerahkan oleh Tuhan dengan hutan yang menghijau dan udara yang bersih, jadi jangan ambil kesempatan dengan mencemarinya,” katanya lagi. 

“Jika kita tidak menjaga laut dan pulau-pulau yang indah di sini, tidak mustahil kita akan jauh ketinggalan daripada negara-negara lain,” jelasnya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-7-2019 06:52 PM
Boleh claim indon sekalian
Quote Kakalongmu 22-7-2019 08:18 PM
Edited by Kakalongmu at 22-7-2019 08:21 PM

Indon...apa nak heran? Berak dalam sungai pun relak2 jer
https://www.idntimes.com/travel/destination/putriana-cahya/10-kota-tercemar-1
Quote Bersotong 22-7-2019 10:02 PM
indonesia kt mne ye?
Quote hitam_manis 22-7-2019 10:39 PM
Perlu ke nak terkejut?
Quote ffbeauties 22-7-2019 11:11 PM
Tu yang duk sibuk kidnap nelayan kita. sampai masuk perairan kita ek
Quote adila39 22-7-2019 11:31 PM
tu satu hal. nape malaysia ikan semua kecik2.. pastu mahal. ikan jenis best sikit semua xde.. xke ikan banyak je kat perairan kita...
Quote CiliPadiSedap 23-7-2019 01:47 AM
adila39: tu satu hal. nape malaysia ikan semua kecik2.. pastu mahal. ikan jenis best sikit semua xde.. xke ikan banyak je kat perairan kita...

Malaysia negara khatulistiwa sis. Geografi dan kedalaman memainkan peranan penting dalam ekosistem terumbu karang. Contoh ikan memang pupus spesis duyung ada di sungai golok duduk atas rumah rakit. Nama duyung tu vokuru aqua
Quote CiliPadiSedap 23-7-2019 01:48 AM
Kadang2 akak setuju dengan jalan cerita aquaman mereka perang dengan manusia punca sampah sarap.

Tsunami tu sebahagian peringatan jaga alam sekitar
Quote natrahn 23-7-2019 07:23 AM
dah semua suka buang sampai dalam sungai, laut.. hmmm pengurusan sampah tu tak bagus...
Quote ultra78 23-7-2019 07:36 AM
Terkejut? Tak terkejut langsung.
Quote mizruncing 23-7-2019 08:47 AM
habis tu dh tak jaga mane sampah tak lagi byk dari ikan
Quote ketambangkang 23-7-2019 09:04 AM
plastik ko kesah..jerebu ko buat tak kezah plak
Quote raxief 23-7-2019 09:27 AM
adila39 replied at 22-7-2019 11:31 PM
tu satu hal. nape malaysia ikan semua kecik2.. pastu mahal. ikan jenis best sikit semua xde.. xke ik ...

aku rasa ikan berkurang la kat perairan malaysia... dulu mancing tepi pun boleh dapat ikan besar, sekarang susah sikit, kena naik bot ke tengah
Quote adila39 23-7-2019 10:13 AM
raxief replied at 23-7-2019 01:27 AM
aku rasa ikan berkurang la kat perairan malaysia... dulu mancing tepi pun boleh dapat ikan besar,  ...

iyer? betulke transaction jualan berlaku kat tgh laut bfr sampai ke peraih.. dah la tu sampai ke tokey2 sbb tu harga gila mahal... or yg elok2 ikan ya di jual.. so kita dpt yg balance balance je
Quote Chairman 23-7-2019 11:11 AM
Quote raxief 23-7-2019 11:17 AM
adila39 replied at 23-7-2019 10:13 AM
iyer? betulke transaction jualan berlaku kat tgh laut bfr sampai ke peraih.. dah la tu sampai ke t ...

memang ada jugak mcm tu, tp kebanyakan masih lg peraih beli di jeti
Quote slavehunter 23-7-2019 12:50 PM
Bukan setakat sampah plastik,tapi batang pokok pisang kayu2 semua dorang buang kat laut. Masa aku pergi Ijen crater on the way balik singgah pantai merah, mak oi nangis aku tengok pantai dia kotor2 dengan kayu sampah sarap semua, berbeza betul dengan pantai terengganu kita yang bersih.
Quote slavehunter 23-7-2019 12:53 PM
CiliPadiSedap replied at 23-7-2019 01:48 AM
Kadang2 akak setuju dengan jalan cerita aquaman mereka perang dengan manusia punca sampah sarap.

...

Kannn sekali Aquaman nak bagi Ring of Fire kena buat meeting dulu.
Quote 進回教啦你 23-7-2019 01:27 PM
Retribusi IndonesiaL

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062545 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top