Gara-gara pelanggan menemui ulat dalam hidangan daging ayam, sebuah restoran di Teluk Kemang, Port Dickson diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati ia turut beroperasi dalam keadaan kotor, Bernama melaporkan. "Pemeriksaan mendapati tahap kebersihan sebanyak 62 peratus dan premis berkenaan diarah tutup selama dua minggu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. "Selain itu, sebanyak empat notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM)," kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainudin Mohd Ali. Semalam tular di laman Facebook mengenai kejadian pelanggan mengamuk selepas mendapati ayam yang dimakannya berulat. - CARI
|
MarryPottet replied at 22-7-2019 12:55 AM
dah bedal sampai tinggal rangka macam tu baru ko perasan ada ulat? ntah berapa dozen ulat ko dah tel ...
Bersotong replied at 21-7-2019 06:53 AM
macai2 nuar leh nginzal sni
FOTHER-MUCKER replied at 21-7-2019 06:06 PM
Ok lah tu sumber protein untuk cheakskate belaan kaki putarbelit Ci
ADVERTISEMENT