CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jemaah Haji Ini Tidak Mahu Berpisah Dengan Isteri, Siap Cemburu Dengan Petugas

24-7-2019 11:40 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 9051| Komen: 52|Original author: Oleh: nameera

Kisah cinta romantis bukan sahaja dialami orang muda, ternyata disenja usia,  kasih sayang dan cinta  takkan pernah pudar.

Kredit foto: TRINUNSTYLE


Beberapa hari  lalu viral,  mengenai pasangan jemaah haji berasal dari Indonesia yang tidak mahu berpisah saat tiba di Madinah pada Rabu, 17 Julai 2019. Pasangan jemaah haji ini dinyatakan tidak mahu berpisah sejak berangkat dari Makassar.

Kredit foto: TRINUNSTYLE

Memetik dari  TRIBUNSTYLE


Mahmud Sopamena berusia 87 tahun, cuba menepis tangan pegawai Haji yang ingin menolak kerusi roda isterinya  Kalsum Litiloli (75) saat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Amir Muhammad bin Abdul Aziz (AMMA), Madinah.

Malah jemaah haji Mahmud turut memarahi petugas haji kerana cemburu melihat ada orang lain yang cuba membantu isterinya yang biasa disapa dengan panggilan Mak Cum itu.

Padahal kedua-dua mereka memerlukan bantuan daripada pegawai  haji kerana  kerana kedua-duanya menggunakan kerusi roda.

Menurut Ketua Kloter Jusman Rivay, 

"Sampai di Madinah kami harus turunkan mereka berdua bersama-sama menggunakan kursi roda, keduanya tidak mau dipisahkan. Saat Mak Cum sudah jauh, Pak Mahmud marah-marah terpaksa Mak Cum kita panggil balik lagi,"

"Akhirnya kita bawa tapi mereka tak bisa dipisahkan. Dari mulai di ambulans sampai ke pesawat Mak Cum enggak bisa bergerak. Karena kalau sampai Mak Cum bergerak Pak Mahmud bisa marah-marah lagi,"kata Ketua Kloter Jusman Rivay.

Jemaah Haji Indonesia,Mahmud , tidak mahu melepaskan tangan isterinya dan bertegas ingin memegang tangan isterinya walaupun berada di dalam dua kerusi roda yang berbeza.

Perkara yang sama berlaku lagi ketika berada di pesawat ketika Mak Cum terpaksa pergi ke toilet dua kali.

Mahmud terpaksa ditangani oleh pegawai kerana risau akan dipisahkan dengan isterinya sehinggalah sampai di tanah suci, dia masih tidak mahu melepaskan tangan isterinya.

haji romantis3



Wah! Nampaknya jemaah Haji Mahmud dan ister betul-betul tidak boleh berenggang. 

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka di sana. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 24-7-2019 11:41 AM
romantiknya...
Quote Artemesiaa 24-7-2019 11:51 AM
Pujian harus diberikan kepada petugas sebab sabar melayan
Quote RumiMenari 24-7-2019 12:01 PM
Hebat petugas..sabar melayan..kl kene dgn anak cucu sendiri pun blom tentu boleh tahan.. x boleh bygkan mcm mn xnk berenggang bl nak buat tawaf, saie dgn berjuta org...
Quote chinta89 24-7-2019 12:02 PM
tp hrp pakcik jgn susahkan org lain plk ye .. huhu
Quote ffbeauties 24-7-2019 12:15 PM
Apa yg romantik nya??
Menyusahkan orang adalah.
Seeloknya yang pergi haji tu betul2 mampu.
Ni dah la 2 2 uzur lagi menyusahkan orang lain.

Masa muda macam manalah agak nya perangai atok ni.. kesian bini
Quote piep 24-7-2019 12:23 PM
alah alah... sweetnya. dah sampai Tanah suci nanti focus kat ibadah je ye
Quote cewekbopot 24-7-2019 12:30 PM
harap2 bukan atok ni yg bawa bekalan obat kuat hari tuuuu

Quote nuralisa 24-7-2019 12:36 PM
ffbeauties replied at 24-7-2019 12:15 PM
Apa yg romantik nya??
Menyusahkan orang adalah.
Seeloknya yang pergi haji tu betul2 mampu.

kann.. ini mesti jenis kuat cemburu.. cemburu buta semua..
silap2 nenek tu muda2 x leh langsung kuar rumah...
Quote Chairman 24-7-2019 12:59 PM
Sehingga ke akhirnya..
Quote Maideen. 24-7-2019 12:59 PM
Macam Najib dengan Rosmah..............

So sweet.....
Quote beautifulorchid 24-7-2019 01:02 PM
ya allah bagusnye mak cum tu melayan laki dia..sampai ke tau..hopefully i dgn pasangan i mcm u jugak.... berkasih sayang sampai ke tua
Quote fushimi 24-7-2019 01:03 PM
nak keji kesian

tapi jangan buat petugas naik hantu sudahlah

pergi haji ni jangan sampai buat orang lain dapat dosa kerana kita

Quote nolya 24-7-2019 01:05 PM
Salah satu syarat wajib mengerjakan haji ialah 'mampu'.  Mampu tidak terhad kpd kewangan shj, ttpi juga meliputi  kesejahteraan fikiran dn tenaga:  sehat fizikal dn mental, bukan harus semau gue.   

Bagaimanalah atok itu mampu dn bisa menahan perasaan apb harus berpisah saf dgn nenek waktu solat di masjid2 di Madinah dn Mekah, juga berpisah kamar / khemah di  pondokan Mekah/Madinah dn Arafah?  Melainkan mereka itu drp golongan yg benar2 mampu membeli pakage 2 orang sebilik dn menggaji petugas yg  yg nampaknya harus melayani mereka 24 jam.
Romantis itu boleh ttpi kalau teralu cerewet hnga  menyusahkan orang, itu tidak wajar.
Quote xtahumenahu 24-7-2019 01:12 PM
I wonder...mungkin sbb sakit...org tua ni fikiran dah mcm budak2..maybe x biasa isteri jauh..pergi pulak tempat baru...jd insecure

X rasa romantik..tp sedih..dipenghujung usia baru mampu tunaikan haji
Quote luluaurora 24-7-2019 01:22 PM
moga dapat haji yg mabrur buat keduanya,
bagus staf yg mmbantu..tinggi sabarnya..
Quote aurorae 24-7-2019 01:34 PM
Aku dah jumpa beberapa pasangan indonesia yang insecure dan tak mahu berpisah dari suami atau isteri masing2, mungkin pertama kali ke tempat asing bagi mereka. Pernah bertawaf bersama seorang wanita indonesia yang baru terpisah dari suaminya, dan sepanjang masa dia tak mahu lepaskan  pegangan tangan.  Ada yang solat berjemaah dimasjidil haram pun disebelah pasangan walau sudah ditegur oleh petugas masjid.
Quote prettyuglybabe 24-7-2019 01:35 PM
dorang takde waris yang sihat temankan pergi ke?
kesian pulak dah dua-dua berkerusi roda..
buatnya petugas sibuk terlepas pandang tercicir ke apa..
apa pun, semoga dipermudahkan buat mereka..
Quote Pink_Purple 24-7-2019 01:45 PM
bukan romantik ni..takut..saling memerlukan antara satu sama lain di tempat asing
Quote Genkidesuka 24-7-2019 03:18 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Sama2 la kita syg org berpada2.  Semoga atok n mak cum tenang2 beribadat di sana.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.149320 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top