Ayda Jebat dan Redza Rosli dah putus cinta? Bingung peminat sebab ternanti-nanti jawapan dari mulut Ayda sendiri.
Lebih-lebih lagi bila ada yang mendakwa kedua-duanya putus disebabkan orang ketiga iaitu Oktovia Manrose. Serius ke? Dulu pernah kecoh bila Oktovia dituduh menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz, sekarang Redza pula?
Entah siapa yang buat cerita, Ayda sendiri terkejut. "Sebenarnya saya terkejut tiba-tiba sahaja Oktovia dikaitkan dalam hal ini."
"Bagi saya Allah dan tunjukkan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, itu pun sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan. "Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istilah putus cinta. Sebelum ini kami memang profesional cuma mungkin ketika itu hubungan kami mula dipekatakan kerana sering dilihat bersama," jelas Ayda pada mStar Online. Bagaimanapun Ayda kata dia tak pernah menolak pun kalau jodohnya dengan Redza. Doakan sahaja yang baik-baik. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|