CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular #faceappchallenge - Selamatkah Privasi Anda?

19-7-2019 12:29 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4273| Komen: 34|Original author: Oleh: natrahn

 


Bangun pagi hari ini, newsfeed Facebook/Twitter penuh dengan gambar ramalan kawan-kawan sudah menjadi tua. Ingatkan sudah merentasi masa usai bangun dari tidur.  Rupanya ramai kembali menggunakan aplikasi FaceApp yang pernah tular sebelum ini. Aplikasi ini telah dibangunkan pada tahun 2017 oleh Wireles Lab, sebuah syarikat di Rusia. 

Aplikasi ini menggunakan teknologi rangkaian neural yang menghasilkan perubahan wajah yang sangat realistik dalam gambar. Aplikasi ini juga sudah memiliki lebih daripada 150 juta data muka dan nama pengguna. Menggunakan FaceApp untuk mengubahsuai foto anda mungkin menyeronokkan, tetapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya telah mendedahkan privasi anda tanpa anda sedari?

 
Sumber - Faceapp.com

Gambar yang diberikan kepada FaceApp membolehkan mereka untuk menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka suka, selama mana yang mereka inginkan. Malah anda tidak akan menerima royalti pada gambar yang diberikan itu jika ianya digunakan untuk tujuan promosi mereka. Ianya terkandung di dalam terma dan syarat- syarat penggunaan aplikasi tersebut.
 
"You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed, without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public."
 
 
Teknologi pengenalan wajah adalah cara baru untuk membuat pengesahan biometrik selain daripada pengesahan cap jari. Footprint Muka  ( setiap inci, tekstur, tona, jenis kulit, warna kulit, rambut, bentuk muka, rangka muka dan bentuk mata pengguna telah disimpan oleh FaceApp. Dan walaupun aplikasi tersebut telah dihapuskan, Faceapp dikatakan mereka masih menyimpan footprint muka pengguna. Teknologi ini juga digunakan bukan hanya untuk membeli makanan di restoran makanan segera tetapi juga untuk melakukan transaksi perbankan di ATM dan melalui perbankan dalam talian menggunakan aplikasi atau portal web. Bank-bank di China, Brazil, Australia dan Sepanyol telah menggunakan teknologi ini kepada pelanggan mereka. 

Wajah pengguna kini merupakan satu bentuk hak cipta di mana pengguna perlu berhati-hati dengan siapa kebenaran telah diberikan untuk mengakses data biometrik mereka. Pakar teknologi Steve Sammartino percaya, bukan hanya wajah pengguna  akan digunakan untuk mengakses maklumat peribadi, lebih kritikal kemungkinan maklumat perbankan pengguna turut terdedah. Benar, segala maklumat kita sudah bertaburan di media maya, tetapi face footprint adalah yang paling dan agak "privacy" sekali untuk di kongsi selain cap jari, dan yang paling 'best' pengguna sendiri yang memberi kebenaran. Oleh itu, pengguna hendaklah berhati-hati dengan data yang dikongsi menggunakan aplikasi ini  kerana kita sebagai pengguna tidak tau tahap keselamatan data kita.

Namun begitu FaceApp menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka tidak menjual data pengguna kepada pihak ketiga. Faceapp turut memaklumkan bahawa setiap gambar yang dimuatnaik akan dihapuskan secara automatik dalam tempoh 48 jam.

Sebaik sahaja sesuatu dimuat naik ke cloud, pengguna  telah kehilangan kawalan dan terdedah pada bahaya maklumat peribadi diceroboh. Aplikasi ini sememangnya percuma untuk sesiapa sahaja untuk menyiarkan apa-apa atau menyatakan apa-apa yang mereka mahu, dan itu adalah termasuk maklumat yang berniat jahat tentang pengguna. Jangan terkejut wajah kita kemungkinan besar berada di pasport orang lain, di jumpai mati di Syria atau di Iraq atau di dalam  video dan gambar beresolusi tinggi dengan keadaan yang tak sepatutnya. Semoga bermanfaat. - CARI 
 
Sumber: Forbes 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kamilaa


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-7-2019 12:54 PM
Fb aku penuh org buat challenge ni.. Alahaiii
Quote buapakperut 19-7-2019 01:18 PM
Kurex: Fb aku penuh org buat challenge ni.. Alahaiii

sama la, tapi semua set2 kampungan. yang kawan study takdela. dulu iols penah jua buat sebab kelako bila muka jantan jadi bangla. sekarang da tawu pasal privacy ni.nyesal...
Quote rynamarina 19-7-2019 01:20 PM
ala.. lau xnk kne access fb ig sume takyh ade.. xyh guna cimbclicks, maybnk2u
Quote aleesyasofia 19-7-2019 01:21 PM
tak minat iolss app gini..
Quote wadiunong 19-7-2019 02:00 PM
tgk news mlm td mention FaceApps ni company Russia punya. patut la menggelupur USA nak haramkan apps ni. Kononnya dah ada privacy rakyat dia kena ceroboh. kalo negara lain buat cepat je nak diharamkan.
Quote natrahn 19-7-2019 02:03 PM
wadiunong replied at 19-7-2019 02:00 PM
tgk news mlm td mention FaceApps ni company Russia punya. patut la menggelupur USA nak haramkan apps ...

Kan... USA memang tak geng dengan Rusia.. masa tahun 2017 dah launch apps ni tak kecoh pon..kali kedua viral menggelabah dah US
Quote exclusive_vvip 19-7-2019 02:06 PM
I setakat org nak upload superimpose muka tua sebegini, ok jah...dari yg nak buat challenge bodo yg boleh membahayakan nyawa mcm berselfie kat tempat2 tinggi,lempar makanan kat muka baby tu...setakat nk upload gmbo guna apps, I terhibur jah tgk...bab2 privacy tu, takyah paranoid sgt lah...lgpun, normal la syarat2 nk download mana2 apps...even korang sign loan umah,kete pun gitu jgk..tinggal lagi rajin n x rajin nak baca 1-1 je...
Quote Bersotong 19-7-2019 02:24 PM
da gne teknologi orng..byr arrr
Quote weezerfan 19-7-2019 02:26 PM
wadiunong replied at 19-7-2019 02:00 PM
tgk news mlm td mention FaceApps ni company Russia punya. patut la menggelupur USA nak haramkan apps ...

Khennnnn siap kata puak kampungan je buat. Kah kah kah.. Yg berporum cari bgosipp tu so urban gitewww
Quote intan_smsb 19-7-2019 02:31 PM
aritu 10 years challenge ni faceapp plak
Quote Artemesiaa 19-7-2019 02:33 PM
Tak minat nak cuba benda2 macam ni
Quote iwansa 19-7-2019 02:33 PM
tak pernah pn kita selamat semenjak wujudnya tenet
Quote dekmieDandy 19-7-2019 03:25 PM
dok hirau ke Faceapp ni tapi kat facebook/IG penuh gambar muka selfie bagai, siap kekadang throwback gambar time kecik lagi

porahh
Quote cutieslilies 19-7-2019 03:37 PM
main forum..main fb..insta..x takut pulak...lawakkk...

sudah2 laaa...
Quote Chairman 19-7-2019 03:42 PM
bese apps cmni mmg bbnu je yg layan
Quote crazybeach 19-7-2019 07:16 PM
entah nya. ni hah duk sign up membership memacam duk subscribe telco astro netflix bagai kena bagi jugak personal details kat diorang. kalau diorang salah guna memang tak selamat lah kita punya privasi pon
Quote RatuDunia94 19-7-2019 10:23 PM
Mmg x mustahil pon kalau deols jual data2 tu pd pihak ketiga.. semakin canggih teknologi semakin x selamat privacy manusia.. unless ko tinggal dlm gua..
Quote diss69 19-7-2019 10:28 PM
exclusive_vvip replied at 19-7-2019 02:06 PM
I setakat org nak upload superimpose muka tua sebegini, ok jah...dari yg nak buat challenge bodo yg  ...

Stuju sngt..
Quote natrahn 20-7-2019 08:39 AM
RatuDunia94 replied at 19-7-2019 10:23 PM
Mmg x mustahil pon kalau deols jual data2 tu pd pihak ketiga.. semakin canggih teknologi semakin x s ...

kan awak..saya teringin juga nak try apps ni .tapi bila baca pasal pencerobohan privacy ni rasa risau juga.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.074853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top