CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Belgium Cipta Rekod Duduk Selama 116 Jam Atas Mangkuk Tandas

18-7-2019 03:29 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4348| Komen: 30|Original author: Tukang Tulis

Jimmy De Frenne cuba mencipta rekod dunia sebagai manusia yang paling lama duduk atas mangkuk tandas. Kredit foto: INSIDE EDITION


Seorang lelaki dari Belgium berharap dia dapat mencatatkan nama dalam Rekod Dunia Guinness sebagai manusia yang paling lama duduk di atas mangkuk tandas.

Memetik laporan Reuters pada 15 Julai, Jimmy De Frenne telah melakukan aktiviti tersebut selama 116 jam secara terbuka di hadapan para pengunjung di restoran Filip's Place di Ostend, Belgium.

Restoran Filip's Place di Ostend, Belgium. Kredit foto: Strandverblijf

Pada mulanya, dia yang memakai baju T, seluar pendek dan selipar getah berharap mencipta rekod baharu dengan duduk di atas mangkuk tandas yang sebenarnya tidak digunakan selama 165 jam.


Namun, selepas hampir lima hari, De Frenne berhenti melakukannya pada 12 Julai lalu kerana dia berasa sangat letih.

"Saya berasa sangat penat dan kaki saya sakit tetapi saya yakin dengan kejayaan saya dan cuba menjadikan rekod ini diiktiraf secara rasmi," katanya.

Sepanjang tempoh tersebut, De Frenne dibenarkan berehat selama lima minit bagi setiap jam di mana dia dibenarkan menghimpunkannya untuk tidur sebentar, meregangkan kaki atau ke tandas yang benar-benar berfungsi.

De Frenne menjamu selera sambil duduk di atas mangkuk tandas. Kredit foto: Reuters

Dia menjelaskan, pihak Rekod Dunia Guinness tahu tentang perkara itu dan pegawai-pegawai setempat serta saksi-saksi membuat pemantauan bagi mengesahkan usahanya.

De Frenne mendakwa, berdasarkan pengetahuannya, rekod manusia yang paling lama duduk di atas mangkuk tandas sebelum ini adalah 100 jam.

Pihak Rekod Dunia Guinness masih belum memberi sebarang maklum balas tentang perkara tersebut.

Mungkin  De Frenne boleh mencuba nasib untuk mencipta rekod dunia sebagai manusia yang paling lama duduk di dalam tandas awam yang sebenar di Malaysia. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bersotong 18-7-2019 03:32 PM
kapir2 leh la nginzal thread ni
Quote Supersirap 18-7-2019 04:01 PM
macam-macam hal
Quote CiliPadiSedap 18-7-2019 04:04 PM
duduk 100 tahun pun kalau kaki semburit tetap semburit juga.  kaka guna fast lane buang najis cangkung cuma kebanyakan toilet cangkung air bertakung jadi terpaksa guna toilet duduk supaya kebersihan terjamin.

hormatilah tandas awam kempen ini di taja sista vokuru aka dodolgemuk
Quote Ina8895 18-7-2019 04:06 PM
Agak2 dia cebok ke tak?
Quote Boomibulat 18-7-2019 04:19 PM
Stakat duduk  mkn berak mkn berak sape pn blh
Quote johan-adx 18-7-2019 04:22 PM
aku lbh kagum kalau dia brani try jamban cangkung lbh dr 100jam  
Quote cmf_almondpecan 18-7-2019 04:24 PM
johan-adx replied at 18-7-2019 04:22 PM
aku lbh kagum kalau dia brani try jamban cangkung lbh dr 100jam

Hahaha. Yg ni win
Quote Kurex 18-7-2019 04:33 PM
CiliPadiSedap: duduk 100 tahun pun kalau kaki semburit tetap semburit juga.  kaka guna fast lane buang najis cangkung cuma kebanyakan toilet cangkung air bertakung j ...



Vokuro dgn dodolgemuk org sama ke
Quote matchstick 18-7-2019 04:45 PM
mcm bodo je rekod dunia ni
Quote Diann 18-7-2019 04:48 PM
Ermmm, memang takde keje sungguh
Quote kucingitam 18-7-2019 04:49 PM
johan-adx replied at 18-7-2019 04:22 PM
aku lbh kagum kalau dia brani try jamban cangkung lbh dr 100jam

huih...kalau cirit birit kat tandas cangkung pun rasa mau bersila...ini pulak 100 jam..

Quote Chairman 18-7-2019 04:58 PM
dehell bende ni pn nk buat rekod
Quote ainashiqa 18-7-2019 05:23 PM
Ntah ape2 rekod dunia dia..
Quote missDollie 18-7-2019 06:15 PM
Bangga ke??
Quote Ina8895 18-7-2019 06:31 PM
matchstick replied at 18-7-2019 04:45 PM
mcm bodo je rekod dunia ni

Guinness world record pun macam tak layan je dia
Quote EvieWanKenobi 18-7-2019 08:18 PM
takde ke benda yang lebih berfaedah?
Quote RatuDunia94 18-7-2019 08:20 PM
So??? Ape relavannya dgn tamadun manusia? Sama je lah ko duduk atas kerusi berhari2 pon..
Quote Lengkong 18-7-2019 08:39 PM
Ada jugak macam ni


Quote Ina8895 18-7-2019 09:33 PM
Agaknya tokey kedai tu yang upah dia buat camni. Publisiti percuma.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035633 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top