"My son baby S****? Dah kenapa? I upload pic masa tu tahun 2017 tapi gambar digunakan macam baru ku upload 2 jam lepas!" Marah betul Puteri Sarah Liyana apabila ada penjual online yang menggunakan gambarnya untuk melariskan produk! Walaupun memang Sarah pernah mengambil produk suplemen itu, tetapi ia tidak bermakna, mana-mana peniaga boleh menggunakannya sesuka hati.
"Saya suka share tips dan produk yang saya guna dan amalkan, tapi nampaknya some sellers suka guna/repost walhal tu gambar 2017." Menurut Sarah, produk suplemen tersebut dibelinya daripada seorang penjual. Ia dibenarkan dikongsi ketika itu. Tetapi tindakan setengah penjual yang tidak beretika kerap berkongsi gambar tersebut membuatkan ianya jadi isu yang berbeza. Malahan tulisan yang mengatakan anak keduanya comel gebu hasil Sarah mengamalkan produk itu sangat tidak beretika. Ia seolah-olah mengatakan Sarah duta produk tersebut. "Until now, IG Story tu repeatedly digunakan untuk educate orang luar, but then telling people that my daughter baby S****** dan my son baby S****** dah kenapa pulak?" Bagi Sarah, ianya menggunakan namanya sekaligus meyakinkan pengguna lain untuk turut membelinya lalu mengharapkan dapat hasil yang sama. Jika hasil sebaliknya berlaku, pasti yang menjadi kecaman adalah dirinya juga. Keluhan tersebut mendapat perhatian rakan artis, antaranya Mia Ahmad yang menyangkakan Sarah benar-benar duta produk tersebut. Hal ini menyebabkan isteri kepada Shamsul Yusof ini tidak mahu lagi berkongsi mengenai apa jua produk yang diamalkannya selepas ini. Bimbang ia akan disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan. Kasihan Puteri Sarah, menjadi mangsa kerakusan peniaga tidak beretika. Memang menjadi-jadi ya penyalahgunaan gambar artis semata-mata untuk melakukan produk mereka. Jadi, sebagai pengguna, anda perlu lebih bijak ya. - CARI |
whadda replied at 31-7-2019 11:39 AM
pakai lens macam jessica alba
ADVERTISEMENT