CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pukul Teman Lelaki Anak Kerana Ceti Haram, Tapi Salah Anak Bersekedudukan Tak Sedar

18-7-2019 03:28 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6304| Komen: 38|Original author: Shimmer Shine




"Pukul lelaki tu sebab pinjam duit along,
tapi anak sendiri yang duk serumah tu, tak kena pukul lak."

Sebuah video yang memaparkan sebuah keluarga menyerbu rumah teman lelaki anaknya menjadi bahan bualan warganet. Ini kerana gelagat ibu memukul lelaki tersebut dengan beg tangan berulang kali serta memarahinya kerana memerangkap anak perempuannya untuk meminjam duit daripada ceti haram.

Dari situ terbongkar rahsia yang rupa-rupanya anaknya sendiri sudah lama bersekedudukan dengan lelaki yang kelihatan mengalami kecederaan di tangan dan kakinya. Yang menjadi persoalan warganet ialah mengapa ibu wanita tersebut hanya memarahi lelaki tersebut mengenai isu duit sedangkan anaknya sendiri tidak dimarahi pula. Sudahla begitu, mereka tinggal bersama tanpa ikatan juga turut dipersoalkan.



Video yang diperolehi dari siasatan Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdasarkan aduan wanita tersebut merungkai segala-galanya. Anak wanita tersebut meminjam duit dari ceti haram semata-mata untuk menolong teman lelakinya membuka bisnes. Dalam masa sama, dia juga meminjam duit daripada ibunya hingga membuatkan ibunya berasa hairan.

Oleh itu PPIM memberikan khidmat nasihat serta bertindak mengeluarkan mangsa dari rumah itu supaya tidak lagi diganggu oleh ceti haram itu.


Sebaliknya berlaku, warganet bukan sahaja tidak bersimpati dengan isu tersebut tetapi menyalahkan anak wanita tersebut, teman lelaki serta si ibu kerana mempercayai bulat-bulat apa yang diceritakan oleh anaknya. Bagaimana pula dengan cerita anaknya yang bersekedudukan sekian lama? Tidak pula dimarahinya?


Kredit foto: Twitter

Ramai juga yang menyalahkan anak wanita tersebut kerana berlakon menjadi mangsa sedangkan dia sendiri juga mencetuskan masalah ini.

"Dah kena kejar ahlong baru cari mak pastu nak tunding jari sana sini padahal
duduk serumah sebelum ni tak takut pulak.hit your daughter too makcik handbag."

Kredit foto: Twitter

Pening juga apabila berlaku masalah ini. Tetapi mungkin boleh bersangka baik iaitu anaknya sudah dimarahi di rumah terlebih dahulu sebelum mereka berjumpa teman lelakinya. Apa pun, isu ceti haram dan bersekedudukan, kedua-duanya adalah kesalahan yang harus dipikul bukannya menunding jari ke arah orang lain. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bersotong 18-7-2019 03:33 PM
kapir2 msti nginzal thread ni
Quote peachnfamous 18-7-2019 03:35 PM
'tuding' la, bukan 'tunding'. tolong la, ni kan bahasa kita.
Quote Kurex 18-7-2019 03:48 PM
"Pukul teman lelaki anak"..
Kena baiki lagi susunan ayat
Quote Kurex 18-7-2019 03:52 PM
Sepatutnya "wanita pukul kekasih anak perempuannya"..
Done sekolahkan
Quote hollahop 18-7-2019 03:54 PM
gajah depan mata xnampak. kuman seberang laut yang nampak.
Quote CiliPadiSedap 18-7-2019 04:02 PM
kalau akak ada kt situ akak pukul sis vokuru
Quote haryatie 18-7-2019 04:08 PM
syg bf punya pasal
sanggup sgalanya
mak tu pun maybe bru tahu ank duduk dgn bf
Quote prettyuglybabe 18-7-2019 04:11 PM
anak makcik ni mesti baik hormat mak bapak jiran tetangga solat tak tinggal
Quote bakingsoda 18-7-2019 04:14 PM
ye ye je cerita si birah tu. tgk yg laki tu siap beli tunnel dgn water fountain lagi utk kucing2 dia, takde la nampak mcm sejenis bewak. bewak biasanya asal perut ngan ciknek kenyang sudeh
Quote Boomibulat 18-7-2019 04:22 PM
prettyuglybabe replied at 18-7-2019 04:11 PM
anak makcik ni mesti baik hormat mak bapak jiran tetangga solat tak tinggal

...dan rajin jgk tlg susun selipar di semejid dikala bulan remdan.
Quote imransulaiman 18-7-2019 04:27 PM
Aku lagi risau nasib kucing-kucing tu sebenarnya. Mak pak anak teman lelaki semua tu lantak kat dorang lah apa nak jadi jadilah! {:thief
Quote sehirkedi 18-7-2019 04:29 PM
Kucing putih tu macam nak membantu tapi hanya mampu melihat lelaki tu kena pukul.. Kalau ia boleh berkata-kata...ape pun anak acik tu harus kena tarbiah jua.. Tak adil bf sheol saja yg kena.
Quote anilanil 18-7-2019 04:35 PM
Anak acik ni alang2 berbuat dosa cari la jerung besar..kesian pulak jantan tu, dah la berbalut kaki kena pukul pulak dgn beg padahal sama2 sedap.
Quote kucingitam 18-7-2019 04:44 PM
hebat mata korang ni...blh nampak kucing, tunnel pe sumer..aku x perasan pon
Quote pokaibanktokyo 18-7-2019 04:55 PM
Along kena kencing.  Padan muka .  Gatal burit sangat  nak pinjamkan duit kat  orang tak ketahuan.  Banyak songeh kalo... kena pukul oleh orang ramai macam dalam youtube
Quote Kurex 18-7-2019 04:56 PM
Boomibulat replied at 18-7-2019 04:22 PM
...dan rajin jgk tlg susun selipar di semejid dikala bulan remdan.

Susun kasut dekat masjid tu tugas dodolgemuk
Quote Boomibulat 18-7-2019 05:03 PM
kucingitam replied at 18-7-2019 04:44 PM
hebat mata korang ni...blh nampak kucing, tunnel pe sumer..aku x perasan pon

Ada sis..kucing tu warna hitam.bkn kucingitam
Quote arm_band 18-7-2019 05:10 PM
tak paham aku, sibuk hempuk anak orang padahal ank sendiri pun .....   

acik ni  pun  baru jumpa anak dia la kan sebab last sekali tu berangkut kain baju anak dia. ntah pape laaaaa
Quote missDollie 18-7-2019 05:15 PM
What is thissssss... Pompuan kepam tu pakai baju labuh dari iols.. Play victim plak tu.. Padahal dah lama sekedudukan..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.104156 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top