CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kes Gas Meletup Dalam Rumah

17-7-2019 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8025| Komen: 32

Selepas seorang wanita warga emas cedera Mei lalu, hari ini berlaku kes sama di mana tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di sebuah rumah di Jalan Pulasan 21, Taman Kota Masai Johor Bahru.


Kredit foto: Harian Metro

Menurut Harian Metro, kejadian jam 7.30 pagi itu menyebabkan seorang wanita cedera, manakala beberapa bahagian rumah mengalami kerosakan seperti pintu dan tingkap kaca dapur serta ruang tamu dan bumbung.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Razali Husin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.36 pagi sebelum tujuh anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi.


Kredit foto: Kosmo!


Sebaik tiba, anggota mendapati mangsa yang identitinya tidak diketahui sudah dibawa keluar oleh jiran dan dihantar ke hospital.

Hasil pemeriksaan mendapatitiada kesan kebakaran dalam rumah berkenaan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - CARI


1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bersotong 17-7-2019 05:38 PM
cane le leh mletup
Quote kroit92 17-7-2019 05:52 PM
lately memang perasan, gas ni macam rasa lain bila angkat
bila guling ada bunyi pasir dalam tong, ada bunyi batu
dulu pakai sebulan tak habis, sekarang pakai berapa minggu je habis
ada tu bunyi hiss kuat, memang patah balik pegi kedai tukar
Quote umbut 17-7-2019 06:02 PM
X pasai meletup.. Rosak umah.. Bahayalah.. Tong apa tu. Jgn ler aniaya org..
Quote blekkep 17-7-2019 06:03 PM
Bersotong replied at 17-7-2019 05:38 PM
cane le leh mletup

Takot lak bace...meletup xde api pulak tu
Quote missDollie 17-7-2019 06:04 PM
Sampai terkopak pintu grill.. Takot wey
Quote miznora 17-7-2019 06:08 PM
seramnyee.. byk kisah camni
Quote Bersotong 17-7-2019 06:08 PM
blekkep replied at 17-7-2019 10:03 AM
Takot lak bace...meletup xde api pulak tu

ko check dapur gas ko skang
Quote Pink_Purple 17-7-2019 06:43 PM
bahaya gas ni..tambah tinggal orang tua2 pula..bunyi hiss gas bocor pun mungkin xdgr atau xperasan
Quote sapeka 17-7-2019 07:23 PM
Bahayanya
Semoga kita dijauhkan dari perkara buruk macam ni
Quote RatuDunia94 17-7-2019 07:24 PM
Oleh itu moh le kita beralih ke induction cooker..
Quote CikB 17-7-2019 07:37 PM
bahayanya...
Quote MyStiQu3 17-7-2019 08:19 PM
Bahaya gak la tong gas ni. Iols ada sedara yang meninggal akibat 3rd degree burns selepas tong gas bocor yg mengakibatkan rumah terbakar. Fobia terus sedara mara yang lain nak pakai gas..terus semua tukar dapur induction lepas tu..
Quote CiliPadiSedap 17-7-2019 09:22 PM
perasan x ada orang pakai baju bundle macam  logo petronas ketuk pintu rumah ke rumah? kalau mereka nak masuk cakap rumah akak pakai tong gas jenama shell. now u shell out!!
Quote cikputih15 17-7-2019 11:56 PM
takutnye baca
Quote Rob07 18-7-2019 02:36 AM
kroit92 replied at 17-7-2019 05:52 PM
lately memang perasan, gas ni macam rasa lain bila angkat
bila guling ada bunyi pasir dalam tong, a ...

Haaaaa? biar betol! Takkan jual tong gas palsu kot?
Quote kroit92 18-7-2019 02:44 AM
Rob07 replied at 18-7-2019 02:36 AM
Haaaaa? biar betol! Takkan jual tong gas palsu kot?

entah ler
kat kawasan rumah kami ni, beli tong gas dari kedai runcit
pakcik kedai runcit tu pun cakap, ramai orang mengadu tong gas diorang beli problem
tapi pakcik tu kasi tukar kalau ada masalah, baik beliau
pakcik tu pun beli entah dari sape kan

nak buat macam mana. call kedai tong gas berdaftar suruh delivery, diorang pun takut masuk kawasan rumah kitorang, sebab ada penjual tong gas lain kat situ. macam area business diorang la, tak mau kacau, takut gaduh
Quote FOTHER-MUCKER 18-7-2019 05:51 AM
Sepatutnya dah sampai masa kerajaan arahkan setiap rumah yang menggunakan  gas untuk memasak  tong gas tu mesti letak di luar rumah dengan piping yang diluluskan oleh pihak tertentu.
Quote glump 18-7-2019 09:10 AM
Yg aku perasan mesti ada bau gas.. Tak kan kepala dapur gas sis bocor.. So setiap kali siap masak, sis cabut kepala.. Harap gas x cepat abis n rasa lebih selamat
Quote haryatie 18-7-2019 09:16 AM
takut nya
Nauzubillah min zalik...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061021 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top