"Saya tidak pernah beli penonton." Itu jawapan tegas daripada artis yang sedang memuncak karier ini, Ayda Jebat apabila dituduh pihak tertentu bahawa dia membeli penonton di platform digital. Ayda menyangkal dakwaan tersebut apabila jumlah tontonan muzik video lagunya di saluran Youtube mencanak-canak naik. Namun aktres dan penyanyi Temberang ini menafikannya. "Bukan cara saya menipu diri sendiri dengan membeli penonton bagi menaikkan jumlah tontonan di Youtube."
Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, 27 berkata dia sedar kebanyakan lagu popular nyanyiannya jarang disiarkan di radio. Jadi dengan adanya platform di dunia digital, dia mengharapkan peminatnya dapat mendengar lagu-lagu tersebut, jelasnya kepada Harian Metro. "Apapun, tidak dinafikan ada di antara lagu yang tidak mesra radio ini tetapi jumlah tontonan muzik video di Youtube sangat tinggi. Alhamdulillah, rezeki buat saya. Tapi, saya nak tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah terbabit dengan aktiviti membeli penonton." Menganggap beli penonton, pengikut atau pun 'liker' bukanlah caranya. Jadi dia musykil apabila dia didakwa membeli jumlah 'liker'. Jika dilihat pada channel Youtube Ayda sendiri, 'subscriber'nya hampir 253,000 akan tetapi jumlah tontonan bagi setiap video klip boleh mencapai hingga jutaan tontonan. Paling tinggi setakat ini ialah video Temberang dengan 21 juta tontonan dalam tempoh enam bulan. Tetapi itu tidak menghairankan kerana Ayda antara artis yang aktif mempromosikan karya dan dirinya sendiri. "Sama ada lagu disiar radio atau tidak, saya positif. Yang penting saya sentiasa mendapat tawaran persembahan nyanyian." Menurut Ayda, jumlah peminat bertambah sangat penting supaya karya diterima baik. Malahan dalam kemas kini di Instagram, Ayda menjelaskan yang dia akan membuat 'Temberang Promo Tour' di Indonesia nanti. Jelas, Ayda Jebat bekerja keras untuk mempromosikan karyanya. Jadi, dakwaan membeli 'liker' itu tidak benar ya. - CARI |
supermum replied at 17-7-2019 05:03 PM
aku la tu menyumbang view ahahaha anak aku suka lagu dia
ADVERTISEMENT