CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eizlan Yusof Tutut Pihak Polis Mohon Maaf Sebelum 31 Julai

17-7-2019 09:28 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 13519| Komen: 64|Original author: Oleh: top5complete

Datuk Seri Eizlan Yusof berang dengan kenyataan polis yang menafikan anaknya, Zareef Idris terlibat dengan kemalangan khamis lalu. 

Menurut Eizlan, polis gagal melakukan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan itu, sekali gus mencemar nama baik dia dan keluarga.



Memetik Harian Metro, Eizlan ada bukti kukuh yang anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

"Saya ada bukti kukuh dan pengesahan perubatan daripada Hospital Tunku Ampuan Jemaah, Sebak Bernam bahawa Zareef terlibat kemalangan berkenaan. Kenapa polis mengeluarkan kenyataan bahawa Zareef  tidak terlibat?" ujarnya.


"Saya kecewa apabila polis menafikan anak saya terlibat dalam kemalangan dan perkara itu memberikan gambaran negatif terhadap saya, anak dan kru penggambaran. Saya menuntut polis melakukan permohonan maaf dalam semua platform media cetak dan elektronik sebelum 31 julai ini," katanya.

Pada 11 julai lepas, media melaporkan Zareef yang turut berada dalam kereta Toyota Vios dipandu ibu saudaranya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama bersiri Mak Cun. 




Namun, polis menafikan Zareef terbabit dalam kemalangan itu kerana ibu saudaranya tidak menyebut nama Zareef dalam laporan polis yang dibuat.

Jadi, siapa yang bersalah di sini sebenarnya? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 17-7-2019 09:33 AM
Datuk seri?
Quote pearl.silver 17-7-2019 09:35 AM
Apa kesan buruk pd dia klu ank dia xde dlm report polis?
Tak dpt claim insurans?
Quote top5complete 17-7-2019 09:47 AM
pearl.silver replied at 17-7-2019 09:35 AM
Apa kesan buruk pd dia klu ank dia xde dlm report polis?
Tak dpt claim insurans?

sebab tu kot.. siapa tak nak duit kan hahaha
Quote HujanBatuTiga 17-7-2019 10:07 AM
Kalau dh ada insuran mestilah nak claim kalau kene apa2. Bukan soal siapa taknak duit. Org bodoh je yg dh ada insuran tp x claim. Ingat charity? {:smile
Quote innocent_me 17-7-2019 10:14 AM
Mau nya tak marah. Anak eksiden.
Tiba2 polis nafikan. Kang ada yg kata dia ada2 kan cerita pulak.
Kalau untuk tujuan claim insurans pun tak salah.
Bayor insurans mahal2 buat ape kalau malas claim.
Ke ape cer sebenarnya ni? Yang buat report tu cerita tak habis ke macam mana haa?
Quote Chairman 17-7-2019 10:26 AM
macam2 hal
Quote apedehal 17-7-2019 10:28 AM
helokknya ank dia
Quote dahlamadah.. 17-7-2019 10:28 AM
mula2 tau psl anak Eizlan accident ni dari ig Erma Fatima..

kalau ikut posting Erma, anak Eizlan ni takde ape2 kecederaan

maybe sebab itu la kot mak sedaranya tu tak sebut nama anak Eizlan

tapi tak bermakna anak Eizlan tk terlibat dlm accident tu..

kdg2 ade gak jadi, pemandu yg buat laporan polis tu lupa nk sebut nama penumpang yg ade dalam keta tu masa accident

Quote achicha 17-7-2019 10:28 AM
Yang salah mak sedara dia laa.. tak sebut nama zareef tu dalam laporan. Polis plak ikut laporan polis yang dibuat...

Sedap sedap jek nak suruh polis buat permohonan maaf... ko sape?
Quote nono86 17-7-2019 10:50 AM
Datuk seri? Ramainya datuk seri.. Dah tak esklusif dah datuk2 ni, sana sini datuk
Quote Kurex 17-7-2019 11:02 AM
Membesar dengan hensem ye dik... Semoga nanti kita akan berjumpa
Quote coco 17-7-2019 11:04 AM
HujanBatuTiga replied at 17-7-2019 10:07 AM
Kalau dh ada insuran mestilah nak claim kalau kene apa2. Bukan soal siapa taknak duit. Org bodoh je  ...

betul.  kita beli insurans pun utk apa kalau bukan bantu time kita susah.   kot kesan kemalangan ni... lepas few  weeks or months or years baru nampak kesan.  at least ada back up tuntutan insurans
Quote LadyCarefree 17-7-2019 11:08 AM
innocent_me replied at 17-7-2019 10:14 AM
Mau nya tak marah. Anak eksiden.
Tiba2 polis nafikan. Kang ada yg kata dia ada2 kan cerita pulak.
...

Insuran apanye klau anak dia txde kecederaan kn?
Klau eksiden pastu dh kluarvketa mase polis sampai pastu dlm polis report orng yng eksiden xsebut anak dia ade dlam keta dh xkn polis nk memandai ckap ade anak dia dlam tu. Logicla skit. Ko eizlan yekedatoseri pi saman orng yng buat repot kemain nk ugut polis soh minta maaf kt semua platform. Puih.
Quote LadyCarefree 17-7-2019 11:09 AM
achicha replied at 17-7-2019 10:28 AM
Yang salah mak sedara dia laa.. tak sebut nama zareef tu dalam laporan. Polis plak ikut laporan poli ...

Harap polis xlayan dn saman yekedatoseri ni
Quote duradanis 17-7-2019 11:26 AM
kalau dah viral, even tak cedera parah, tiba2 cakap tak excdent sapa tak sentap. mmg btul pn cara dia tu..
Quote MeMeimei 17-7-2019 11:31 AM
hensem anaknya...
tapiiii bila dapat dato' seri?
Quote prettyuglybabe 17-7-2019 11:36 AM
nak salahkan polis wat apa..
dah yang salah report sedara hang..
pi la luku pala dia tak report betul-betul..
polis dah tentu buat kenyataan ikut report yang dorang dapat..
sebab tu bila buat report, polis dah taip ko kena baca pastu suruh dia betulkan apa yang salah..
sampai puas hati baru submit.. faham?
Quote mizZue 17-7-2019 11:51 AM
Datuk seri??? Apakahh sumbangan dia dlm masyarakat..dia ni bff kerabatsssss
Quote Nham22 17-7-2019 12:01 PM
Xpahamlah.. Dah nape

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.144921 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top