CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pergi Sekolah Mendidik, Bukan Melawa" - Cikgu Cun Bidas Netizen Lepas Diselar Suka Mekap

17-7-2019 09:34 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 17253| Komen: 67|Original author: Oleh: Myeonir

Guru zaman sekarang tidak boleh disamakan dengan guru zaman dahulu. Menelusuri zaman moden, guru juga pasti melalui pelbagai perubahan.

Kini, kebanyakan guru mesti mempunyai keinginan untuk melaram dan mencantikkan diri di sekolah. Bukan untuk menggoda, tapi untuk memberi keyakinan kepada diri sendiri.


Pun begitu, guru wanita ini diselar seorang netizen kerana dikatakan tidak elok melaram sebagai seorang guru dan diminta supaya berpakaian lebih 'simple'.



Kredit foto: Instagram

Cikgu Shasha berusia 22 tahun ini berasa bengang kerana dia menganggap kerjaya dan hal peribadi adalah dua perkara berbeza.
Dia juga tak faham kenapa seorang guru tidak boleh melaram.



Kredit foto: Instagram


Kredit foto: Facebook

Ramai juga netizen tampil menyebelahi gadis ini dan menganggap individu itu tidak patut mengkritik seorang guru daripada melawa,
asalkan tidak mengganggu tugasnya.


Kredit foto: Instagram


Kredit foto: Instagram

Tak kan tak boleh calit gincu langsung kalau jadi seorang guru? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayriff 17-7-2019 09:48 AM
ustazah aku time kecik dulu lawo je. siap berlipstick lagi. takdela pulak fikir bukan2. siap puji lagi. cun la ustazah rini. cikgu cun, murid pon semangat nak belaja dari cikgu serabai ade karies gigi. bila bukak mulut tgk gigi cikgu pon x syok.

ape2 pon cuba amek positif jela
Quote coolie83 17-7-2019 09:54 AM
biasa la tu cikgu nk melawa...yg meroyan tu apehal...mesti jeles sbb dia lawa kan

student's motivation naik 80% nak dtg sekolah tau kalau ikut kajian nobita
Quote cikatilia 17-7-2019 09:57 AM
so cikgu kena muka kepam bengkak2 sememeh mcm bangun tido ke hapa?
Quote MakcikPrada 17-7-2019 10:07 AM
Edited by MakcikPrada at 17-7-2019 10:08 AM

Sebagai anak seorang pesara guru, ai rasa nak gelak guling2 tengok org comment cikgu x payah make-up pegi sekolah. Mak ai dulu elok je pakai bedak, lipstick, etc.. tp sbb xde social media kan, so xdela kena kecam. Tak semangat kut tengok cikgu muka serabai bila mengajar.  
Quote jahcomel 17-7-2019 10:15 AM
aku ingat cikgu BI aku dulu nama cikgu maznah, lawa giler slalu pakai baju kebaya ketat kain belah free hair (dulu rmai cikgu free hair) lipstick merah, aku nih y pompuan ni terpegun tngok dia kalu budak laki aku paham lh...markah BI kitaorg tinggi sokmo coz mmg slalu tumpu phatian mase dia ngajar xde y nk tido...dulu kalu cikgu lawa mmg lawa sungguh kalu seksi mmg seksi sungguh...
Quote kucingitam 17-7-2019 10:17 AM
yg tegur tu mak budak kot..takut laki asik gi skolah nak jumpa cikgu....ahahah
Quote dua_chzy 17-7-2019 10:17 AM
Biasa je pon sheols. Melaram hapanya?
Quote Chairman 17-7-2019 10:28 AM
time haku skola menengah dlu ade la sorg cikgu ni mmg lawo dan suke melawo..tp garang x hengat...laki die pn cikgu kt situ jgk...tu je aku nk cite..wakakaka
Quote haryatie 17-7-2019 10:29 AM
mak student yg jeles kut tkut laki terpikat dgn cikgu
kalau jd murid pun aku  suka tengok cikgu lawa2
baru ada semangat
ni kalau kepam jerk..bosan wehhhh
dtg ofis pun kalau tengok makcik2 kertu yg serabut
muka pulak mencuka, tambah mulut mcam longkang lagi
alahaiii..rasa nak berhenti keje
Quote beloomberk 17-7-2019 10:35 AM
Laaahhh..biarla cikgu nak mekap2 gi keje n didik anak2 bangsa..kan ke sejuk mata n bersmngat skit student nk.bljar.
Quote ffbeauties 17-7-2019 10:45 AM
Tak kisah la cikgu nak melawa ke tak.

Tapi cikgu ni tak lawa pon walau melawa
Quote yangsemb 17-7-2019 10:53 AM
Masa iols primary school sekolah di PJ dulu, kebanyakkan cikgu (malay, chinese, indian), semua jenis bergaya & sedap mata memandang. Ok jer, lagi syokk belajar
Quote chinta89 17-7-2019 11:01 AM
dia x de la melawa sgt pun biasa2 je

dan dia x lawa man apun so knpe dengki ngn dia? yg ata text tu lelaki ke prmpuan? kalau lelaki, stok bapak budak meroyan sb masa bljr dulu dia xde guru yg cantik di skolah maka x bsemangat nk bljr? kalau prmpuan, mmg stok rse terancam takut laki asik nk hntr anak skolah nk tgk cikgu tu?
Quote MadameOnion 17-7-2019 11:03 AM
laaaahh mekap camtu je pon..aku ingat dgn fake lashes bagai pi sekolah umpama mekap pengantin alha alfa..sakit jiwa betoi la tukang tegor tu
Quote gam_gajah 17-7-2019 11:09 AM
i suka je cikgu melawa gi sekolah
sampai sekarang ingt lagi cikgu English I masa darjah 1,  nama Ms Chong yang bergaya anggun di sekolah, rambut macam Lady Diana
Quote ladybugz 17-7-2019 11:09 AM
For me cikgu kene kemas, nampak bersih dan berbau yg menyenangkan( not overpowering) x kira la lelaki n perempuan n x kisah la lawa ke x lawa. N rasanya semua cikgu mase belajar pun memang dinasihatkan utk berpakaian dan berketrampilan utk mengajar. Supaya cikgu nampak fresh dan semangat. Cikgu sets the tone of the class. Tp kalau cikgu tu di anugerahkan dgn wajah yg cantik or hensem tu adalah bonus.
Quote prettyuglybabe 17-7-2019 11:29 AM
hasanah versi cikgu cikgi ke apa..
gaya msg sama je kiri kanan
Quote kaklong32 17-7-2019 12:05 PM
melawa salah x melawa pon salah haish
Quote batmana 17-7-2019 12:25 PM
pada akula, melawa cmni tak salah
tapi kalu tepek dlm ig, fb, status wasap ke apa, gmba melaram cmni, tak elok la utk profesyen cikgu

aku bergaul dgn bdk2 skola zmn skrg, psl pernah jaga lab sekola, dh byk kali dh ada jupe link gamba2 gmba pmpn yg cantik melaram cm cikgu ni dlm web lucah kt pc,  skalipun btudung litup, tapi di request utk photosop, byk dh jupe, psl stok2 cmni tk sedar gmba sndiri tu mengundang xtvt cmni,

tu sebab ada kes sorg artis meroyan gmba  baby dia ada dlm web lucah, dh bini ko berposing seksi time mengandung pastu upload kt fb,ig, bagai pastu, ada org gila yg fetish gmba2 cmni, dia uploadla semua gmba bini ko ( baby ko terkait skali) ke laman lucah utk di photosopkn bogel..

gambar cmni boleh  juga digunakan scammer aprika utk scam org lain, psl semua gmba dia upload tu watermark free..  pstu dia bukan artis, org yg kene scam tkkn kenal sebab dia bukan artis.

so, jadi cikgu jgnla bodoh sgt ye..  bab2 peribadi tu buat betul2 peribadi la, ni kata ig, fb private, tapi semo org leh screeenshot gmba melaram tu, pstu bagi free aja kt tenet

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.061556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top