Cemas dibuatnya apabila dua guru wanita sebuah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Kuala Lumpur hampir terjunam bersama kereta dinaiki ke dalam parit di Simpang 3, Sungai Besar petang semalam.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu kedua-dua mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Ban Kanal menuju ke Sungai Besar. Tanpa disangka, sebuah motosikal datang membelok ke simpang tiga jalan tersebut menyebabkan kereta Perodua Axia yang dipandu mangsa terbabas kerana mahu mengelak dari berlanggar dengannya. "Bagaimanapun, pemandu berasal dari Skudai, Johor itu hilang kawalan menyebabkan kenderaan dipandunya bersama penumpang beralamat di Tali Air 7 Sungai Leman terbabas lalu terjatuh ke dalam parit," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon.
Pun begitu, kedua-dua mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dari terus tenggelam. "Salah seorang daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Klinik Sungai Besar. "Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini," katanya. - CARI
|
wirazam replied at 16-7-2019 10:44 AM
budak2 motor merempit tak tentu hala...kalau hebat sgt gi la litar sepamng sana tuh
famri7 replied at 16-7-2019 11:55 AM
Mat rempit suchi tu sah2 diangkat sebagai tokoh lah pasni oleh ummah.
Bersotong replied at 16-7-2019 07:56 PM
litar sepamng?
ADVERTISEMENT