CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP Dah Jadi Sebuah Parti Islam? Ketua Dapsy Johor Dikecam Oleh Netizen

19-7-2019 12:50 PM| Diterbitkan: Eqhwan94| Dilihat: 4373| Komen: 22|Original author: Oleh: Bicara Politik

Pada 16 Julai yang lepas, laman Facebook Roketkini telah mengemaskini cover photo mereka menggunakan gambar Ketua DAPSY Johor, Syeikh 'Umar Bagharib Ali.

Post tersebut mendapat kecaman dan tanda 'ketawa' dari ramai netizen kerana menulis 'Jom Sertai Hizbul-A'mal Ad-Dimuqratiy', iaitu terjemahan kepada 'Democratic Action Party' (DAP) dalam Bahasa Arab.


Sumber Gambar : Roket Kini

Antara komentar yang diberikan oleh netizen terhadap cover photo tersebut ialah:

Wah, rahmah sungguh nama baru DAP. Mengarabisasikan. - Afizhi Atan

Penunggang agama. - Norzafry Norhalim

Dan pelbagai lagi kecaman-kecaman yang lain. Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang memberi sokongan kepada Syeikh 'Umar dengan menulis:

Tahniah YB Exco, teruskan laksanakan amanah yang diberi, Allah SWT jadikan manusia berbangsa-bangsa dengan tujuan untuk berkenal-kenalan, bukan untuk mencerca dan menghina satu sama lain. - Sedan Rashid

Sheikh 'Umar Bagharib Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP merupakan pemimpin Melayu pertama yang mendapat jawatan tertinggi sayap pemuda DAP Negeri Johor.

Sebelum ini, perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut dipersoalkan oleh ramai netizen kerana status beliau sebagai ADUN DAP, dengan alasan, DAP merupakan parti yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama negara bahkan Lim Kit Siang juga pernah menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular. (Sumber: Sinar Harian)

Apa pandangan anda?

Adakah anda merasakan bahawa Ketua DAPSY Johor hanya dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan undi orang Melayu dan Islam, atau sebenarnya ini peluang yang baik untuk Ketua DAPSY Johor menerangkan berkenaan islam kepada ahli DAP yang majoritinya bukan Islam?- CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • NyuNyu


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 19-7-2019 02:16 PM
Kalau dah parti khinzir, cuci camna pun tetap haram
Quote Bersotong 19-7-2019 02:19 PM
macai2 kapir mmg nginzal la kt thread ni
Quote Bersotong 19-7-2019 02:20 PM
aku msuk dap la cmni..leh kwn ngn @pyropura n @dodolgemok
Quote Kurex 19-7-2019 02:20 PM
Si bapok dodolgemuk dok kutuk lobai lobai, sekali ada lobai dekat parti sendiri. Ala bodoh bapok tu
Quote dino 19-7-2019 02:56 PM
Bersotong replied at 19-7-2019 02:20 PM
aku msuk dap la cmni..leh kwn ngn @pyropura n @dodolgemok

sila2.. haha
Quote Bersotong 19-7-2019 03:00 PM

ko join la skli
Quote Chairman 19-7-2019 03:37 PM
Hizbul-A'mal Ad-Dimuqratiy...sgt ereb bunyinya
Quote Bersotong 19-7-2019 04:17 PM
dimuqratiy ke gmukbrkati?
Quote QueenIsolde 19-7-2019 08:10 PM
Ini really a true definition of penunggang agama..sanggup sekongkol ng kafir harbi sbb harta dn pgkat..dah la tu di dilantik sbg ahli lembaga yadim??? Cerdik dapigs xleh scr kasar secr halus dia cucuk
Quote najib888 19-7-2019 09:24 PM
Geng DAP pulak dok sangka dia ni duri dalam daging.. nak melingkupkan parti menerusi arabisasi.. jarum2 halus yayasan dakwah dlm menyemai bibit2 Islam..

Quote chicozinn 20-7-2019 01:56 AM
Sheikh bodo join parti rasis
Quote am2020 20-7-2019 01:46 PM
dap ke arah islamic menyebabkan parti penungang agama iaitu pas mengelupur kepanasan..
Quote dess402 20-7-2019 01:59 PM
Edited by dess402 at 20-7-2019 02:00 PM

kena ingat  ..al Quran bukan diturunkan hanya utk umat melayu  ..  tetapi ianya utk semua .  kena paham ni .  ini sama seperti peristiwa bila kerajaan parsi jatuh pada tentera monggolia .  ini banyak hikmahnya  .

janganlah bengap sesangat .
Quote axl_bach 20-7-2019 02:00 PM
Aku x sokong Lim Kit Siang, tp dgn menggunakan hujah Lim Kit Siang mengatakan Malaysia negara sekular tu isu besar rasanya pimpinan PAS pun ramai yg kata Malaysia Negara Sekular....mcm mana tu?
Quote axl_bach 20-7-2019 02:05 PM
am2020 replied at 20-7-2019 01:46 PM
dap ke arah islamic menyebabkan parti penungang agama iaitu pas mengelupur kepanasan..

Xkan setakat translate nama jadi arab dikata Islam?

Tu just direct translation jer tu...
Quote AbukRokok 20-7-2019 07:56 PM
wow
org lain tunggang
dia pun nak tunggang
Quote Bunggah 20-7-2019 09:16 PM
Melayu patut join. Lama2 jadi parti multiracial. Apa susah?
Quote palmolive 20-7-2019 09:19 PM
moga lepas ni takder la pemimpim depa yg kondem pasal Islam yek...
Quote hasniey 20-7-2019 09:27 PM
Dasyattt
Tunggang jgn x tunggang.ramai je yg percaya kalau ada nama bau2 arob ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.078129 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top