Di Malaysia, masakan Melayu sentiasa menjadi pilihan kita untuk santapan tengah hari. Mana tidaknya, lauk pauk seperti sup daging, ayam masak merah dan siput sedut masak lemak memang kena dengan selera dan tidak menjemukan meskipun acap kali dimakan.
Bercerita tentang siput sedut, seorang pengguna Twitter (@ohitstranger) menceritakan kisah lucunya. Menurutnya gadis itu, dia membeli siput sedut untuk dimasak pada malam hari, namun terlupa untuk menutup bekas siput sedut itu hingga dinding rumahnya dipenuhi dengan siput sedut! Seperti yang kita lihat di pasar raya, siput sedut kebiasannya dibeli hidup-hidup. Jadi, tidak peliklah jika siput ini keluar dari bekas dan panjat dinding rumah itu. Dah macam hiasan pula! Posting wanita ini mendapat reaksi dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kisah siput sedutnya itu. Pengajaran buat kita semua, kalau beli siput sedut jangan lupa simpan di dalam bekas bertertutup okey! - CARI
|
haryatie replied at 17-7-2019 10:33 AM
makaihhh..takut nya..geliii
sedap ke siput ni
geli n takut nak makan
Boomibulat replied at 17-7-2019 10:54 AM
Dulu pnh mkn siput ape tah yg kat sawah tu.ada skali tu sedut,tsedut dgn ank2 beliau skali yg keci ...
haryatie replied at 17-7-2019 10:33 AM
makaihhh..takut nya..geliii
sedap ke siput ni
geli n takut nak makan
ADVERTISEMENT