Mahu membuat duit sampingan bukanlah susah, sudah menjadi amalan rakyat yang maju untuk membuat dua atau tiga kerja sampingan untuk menjana pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang semakin merunsingkan.
Tahukah anda YouTube memberikan ASD1-2 (RM4-RM8) bagi 1,000 tontonan pada video anda? Duit ini akan disalurkan ke akaun AdSense dan boleh dikeluarkan melalui bank. Bayangkan sebuah video anda mendapat 10,000 tontonan, anda telah mendapat RM40 untuk sebuah video! Jika anda rajin, sangat mudah untuk mendapat RM1,000 sebulan hanya dengan menghasilkan video di YouTube. Di sini, penulis kongsikan cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui YouTube. Sebenarnya, tidak susah untuk membuat video dan memuat naik ke YouTube. Anda tidak memerlukan pengalaman atau kelulusan tinggi.
Antara peralatan yang anda perlukan adalah:- 1. Telefon pintar 2. KOmputer riba/Komputer 3. Perisian mengedit video Antara genre saluran yang paling mudah untuk dilakukan:- 1. Vlog 2. Food blogger 3. Masakan 4. Gaming 5. Percutian Caranya:- 1. Buat Akaun YouTube Langkah pertama yang anda tidak boleh ketinggalan. Buat akaun terlebih dahulu di YouTube jika anda belum memilikinya. Cuba log masuk ke YouTube (anda boleh menggunakan akaun Google untuk memasuki dan mendaftar, bukannya mengisi semua data borang dari awal). Kemudian buat saluran anda (Channel). Fikirkan tentang nama apa yang menarik kepada saluran YouTube anda dan bagaimana konsep saluran anda, tema atau watak saluran. 2. Monetization Saluran YouTube Cuba log masuk ke akaun YouTube anda, pilih menu "maklumat akaun" yang terletak di bahagian atas sebelah kanan dan klik "Creator Studio". Kemudian, pada menu di sebelah kiri, pilih "Saluran" dan klik "Status dan ciri". Akhir sekali, pilih "Dayakan Pengewangan" dan bersetuju dengan perjanjian itu. 3. Sambungkan Saluran YouTube ke AdSense Setelah mengaktifkan pengewangan pada saluran YouTube, anda perlu melakukan akaun bersekutu dan diluluskan AdSense. Kemudian, akan terdapat ciri Analitik YouTube yang boleh anda gunakan untuk menjejaki status pendapatan anda. Begitulah cara untuk menjana pendapatan melalui youtube, jika salura YouTube anda mendapat ramai subscriber, berkemungkinan besar anda boleh menjadikan ia sebagai pekerjaan tetap. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semuanya bermula dengan kita, yang penting tidak putus asa dan sentiasa konsisten dalam pembikinan video. Ini kerana untuk berjaya dalam kerjaya YouTube memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menempa nama. - CARI |
Mulotkoyak replied at 25-7-2019 06:19 PM
Xde pun dlm utube ak tu...kat blah mne
dramaking007 replied at 25-7-2019 06:41 PM
pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat s ...
Jesrina replied at 25-7-2019 08:50 PM
Iklan tu kite sendiri yang kene edit n letak dalam video kite eh? Or youtube yang insertkan?
dramaking007 replied at 25-7-2019 11:00 PM
nanti bila da lulus dashboard dekat youtube akaun kt akan keluar sc automatik utk bahagian iklan.j ...
Jesrina replied at 26-7-2019 12:27 AM
I see.. u ade buat youtube channel u sendiri eh? Interested nak buat tp nak kene fikir dlu nak bua ...
dramaking007 replied at 26-7-2019 02:14 PM
ya ..i biasa dgn adsense blog n yt.....buatla you.kalau u suke masak ke,makan ke pi jln2 rugi x re ...
Jesrina replied at 26-7-2019 08:30 PM
Orait. Tqsm for the info. Kalau i start buat nanti, in case if i nk tanye pape, i pm u boleh? Hehe ...
dramaking007 replied at 27-7-2019 04:54 PM
boleh...kalau i online sini i reply.g luck ok.
dramaking007 replied at 25-7-2019 06:41 PM
pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat s ...
dramaking007 replied at 25-7-2019 06:41 PM
pergi ke bahagian https://www.youtube.com/features?o=U
kedian dekat monetisation enable kan.kat s ...
bintangct replied at 5-8-2019 10:25 AM
Wah menarik Patut la ramai artis buat youtube anak2 diaorg
I nak tnya skit boleh? Kalau kita copy ...
bintangct replied at 5-8-2019 10:25 AM
Wah menarik Patut la ramai artis buat youtube anak2 diaorg
I nak tnya skit boleh? Kalau kita copy ...
ADVERTISEMENT