Ibu mengandung ini, penat dia lain macam. Dengan penat bawa lagi satu nyawa lepas itu alahan lagi. Tak kira pula mengidam nak makan macam-macam. Kesian betul.
Tapi macam mana pula apabila lelaki yang terpaksa hadap alahan teruk apabila si isteri yang mengandung? Lihat saja kecomelan Wawa Zainal yang cuba menjaga Aeril Zafrel yang mengalami alahan teruk sedangkan dia yang sedang mangandungkan anak mereka yang ketiga. Dapat dilihat Aeril sedang menahan muntahnya manakala Wawa pula cuba memberi beg plastik kepada suaminya itu sambil tergelak kecil. Netizen berseloroh dan menyatakan mesti si suami sayang sangat dengan isterinya sampai dia yang dapat alahan. Ada netizen juga memuji kecomelan pasangan ini dan menganggap adil bagi lelaki untuk merasai alahan mengandung. |
seller6183 replied at 17-7-2019 04:20 PM
benda ni betul. aku pernah baca even perempuan yg berkawan baik pun boleh datang period dalam pada w ...
binipopeye replied at 17-7-2019 04:25 PM
nape rase mcm aku sorang yg menyampah dgn coule ni..
sume elok jer.. tp wawa mcm menagih likes net ...
hotmak replied at 17-7-2019 04:09 PM
abis yg sendiri mengandung, sendiri mabuk tu, laki tak sayang ke
ADVERTISEMENT