CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

James Bond 007 Terbaru Adalah Seorang Wanita!

16-7-2019 12:45 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 9654| Komen: 34|Original author: Oleh: HakirRahman

Rasanya, semua orang kenal watak James Bond 007. Watak perisik British yang kacak, bergaya, kaki perempuan, handal dan jantan ni. 


Pelakon-pelakon yang sebelum ini menggalas watak ini juga bukan calang-calang, Sean Connery, Pierce Brosnan dan Daniel Craig antara yang paling terkenal. 

DANIEL CRAIG SEBAGAI 007. FOTO: GOOGLE.

Filem James Bond terbaru dikenali sebagai "James Bond 25" sedang menjalani penggambaran dan Daniel Craig dilaporkan akan memainkan watak legenda itu buat kali terakhir. 


Desas-desus siapa pengganti Daniel Craig sebagai James Bond sudah bertiup kencang sejak sekian lama. Antara nama yang disebut berpotensi menjadi pengganti termasuklah Idris Elba, Richard Madden, Tom Hardy dan Henry Cavill. 

Semuanya pelakon lelaki yang super kacak dan gagah perkasa. 

ANTARA LELAKI YANG DIANGGAP SESUAI JADI JAMES BOND SETERUSNYA. FOTO: GOOGLE

Tetapi, mereka semua tidak terpilih! 

Menurut laporan The Guardian, pengganti James Bond ialah pelakon wanita kulit hitam bernama Lashana Lynch. 

Lashana sebelum ini pernah muncul sebagai pelakon pembantu dalam filem Captain Marvel. 


LASHANA LYNCH ADALAH 007!. FOTO: MARVEL

Lashana dikatakan akan menggunakan kod "007" selepas Daniel Craig "bersara" dalam filem James Bond terbaru yang akan ditayangkan pada 2020. 

JAMES BOND TERBARU. FOTO: FLIPBOARD

Jadi, apa kata anda? Bersedia untuk terima pelakon wanita sebagai James Bond? - CARI 
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Tommycat


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 16-7-2019 01:14 PM
Edited by Boomibulat at 16-7-2019 01:15 PM

Jamesah bond?
Quote sharlenetexas 16-7-2019 01:40 PM
Pastu menggatal dengan villain?
Quote Kurex 16-7-2019 01:44 PM
Jemah @bondeh
Quote belilies 16-7-2019 03:03 PM
BUKAN henry golding ke jadi james bond?
Quote chandrahusin 16-7-2019 03:04 PM
Jenab Bond
Quote tagas 16-7-2019 03:38 PM
Jemah Bondtot
Quote cikputih15 16-7-2019 04:11 PM
mcm xbest aja
Quote Artemesiaa 16-7-2019 05:15 PM
Kalau betul apakan nama yang bakal digunakan. Nora Zain tak boleh Malaysia dah lama guna dulu
Quote nadie90 16-7-2019 08:47 PM
Wow ala2 Nora Zain versi Hollywood....tringat msa kecik tgk filem tu....huhu
Quote delia3003 16-7-2019 09:51 PM
James Bond pun iols tak tengok

Jamisah Bond lagi ler
Quote poet_pis 17-7-2019 05:09 AM
Jamilah Bond
Quote bangcak 17-7-2019 10:46 AM
pompan nak jadik jesbon?
a very big NO

identiti filem jesbon sbnrnya ialah 'romantik sex'.  
bukan la ejen/action/thriller sgt pon.
so kalu jesbon pompan, pastu asyik kene sodok je,

...dah lain mcm je identiti filem tu. mcm kelaot sgt
Quote Chairman 17-7-2019 11:24 AM
dh sinonim dgn watak lelaki tetibe nk ganti dengan pmpn..

ocean 11 yg laki pn dh ade ocean 8 yg version pmpn

mungkin lepas ni charlie's angels akan digantikan dgn laki plak..who knows
Quote potsshine 17-7-2019 11:45 AM
Chairman replied at 17-7-2019 11:24 AM
dh sinonim dgn watak lelaki tetibe nk ganti dengan pmpn..

ocean 11 yg laki pn dh ade ocean 8 yg v ...

lau ganti laki..takut jadi pondan lak mika bertiga...

Quote whadda 17-7-2019 11:49 AM
macam tak menarik je tukar pompuan  
Quote Chairman 17-7-2019 03:47 PM
potsshine replied at 17-7-2019 11:45 AM
lau ganti laki..takut jadi pondan lak mika bertiga...


Quote Noraniza_Iblis 17-7-2019 05:21 PM
nadie90 replied at 16-7-2019 08:47 PM
Wow ala2 Nora Zain versi Hollywood....tringat msa kecik tgk filem tu....huhu

teringat part...ramai2 duduk atas kerusi..
lps tu ade sorang kene hukum cabut kepala tu..
hahahaha...mase kecik2 aku pcaye n takut nye la..
tp bile tgk skrg...allahu...
hahaha
Quote greantea 18-7-2019 09:55 AM
mcm xde wow faktor. bukan sebab dia kulit hitam ke ape. tp x tahu la kot lakonan dia best ker.
Quote iolss 18-7-2019 05:09 PM
trs hlg mood nk tgk

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037726 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top