Sebelum ini, pelakon Aliff Aziz menangis sebak ketika bertemu Ustaz Ebit Lew dan dia berjanji untuk berubah. Namun, yang terbaru beliau seakan sudah move on dengan kisah lalu dan memuat naik gambar mesra bersama wanita lain di Instagram. Bella yang menyedari perkara itu berkata, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan gambar berkenaan memandang mereka sudah pun bercerai. Menerusi Instastory, Aliff Aziz telah memuat naik gambar bersama wanita yang dikenali, Tika Sheikh. Gambar itu memaparkan latar belakang seolah mereka sedang bercuti di pantai bersama. "Saya tak kisah pun. Anda semua sudah tahu yang kami sudah tak ada kena mengena. Ramai yang menghantar mesej peribadi di Instagram dan cuba? Bakar saya dengan gambar Aliff itu, tapi saya tak kisah pun." "Jadi apa-apa yang Alif buat adalah untuk diri dia. Saya pun ada di Malaysia dan dia di Singapura. Jadi saya okay saja," jelasnya kepada Harian Metro. Nampaknya Bella sudah cukup serik dengan perangai bekas suaminya itu dan dia telah tawar hati. Aliff Aziz pula masih belum berubah dari dulu sampai sekarang. Semoga semuanya menjadi lebih baik untuk Bella sekeluarga. - CARI |
Bersotong replied at 16-7-2019 02:29 PM
aku nk kedit..x kira..nk gak
sukacactus replied at 16-7-2019 02:34 PM
Pelat 'R' rghupanya si didie ni
ADVERTISEMENT