Tahun 90-an, bertapa nostalgiknya apabila kita bercakap tentang tahun yang juga dianggap tahun kegemilangan bagi sitkom di Malaysia. SITKOM atau SITCOM yang dipendekkan daripada perkataan SITUATION COMEDY memaparkan kehidupan di sesuatu kawasan yang mana akan memfokuskan tentang permasalahan harian mereka. Yang menariknya, sesebuah sitkom di Malaysia menampilkan pelakon berbilang bangsa dan akan menyelitkan elemen kemasyarakatan buat penonton. Pada kali ini, kita akan kembali ke tahun 90-an untuk menghilangkan kerinduan kepada 5 SITKOM PALING POPULAR DI TAHUN 90-AN. Jom lihat senarai sitkom seperti dipetik dari Iluminati ini! 1) 2+1 Sitkom ini mendapat sentuhan Othman Hafsham atau lebih dikenali sebgai Raja sitkom Malaysia kerana kredibilitinya menghasilkan bukan satu, tetapi dua sitcom yang berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia. Belatarbelakangkan kehidupan tiga rakan yang tinggal serumah dan kehidupan mereka diisi dengan kehadiran jiran-jiran yang mempunyai pelbagai ragam. Sitkom ini juga boleh dianggap seperti 'Friends' versi Malaysia. Pada tahun kegemilanganya, sitkom yang ditayangkan secara langsung ini boleh mencapai purata lima juta penonton untuk setiap episod dan ini semua adalah hasil daripada barisan pelakonnya yang hebat, antaranya Susan Lankester, Ziela Jalil, Louisa Chong, Allahyarham Ahmad Busu, Jaafar Onn, Sabri Yunus dan juga bintang siri ini, Imuda yang membawa watak Sam, seorang lelaki lembut yang mencetuskan kontroversi ketika itu. 2) Jangan Ketawa Senarai sitkom Malaysia tidak akan lengkap jika kita tidak meletakan sitcom ini di dalamnya. Jangan ketawa adalah salah satu sitkom yang mendapat rating tinggi di Malaysia ketika eranya walaupun mendapat kritikan masyarakat dan terpalit dengan beberapa konrtroversi sepanjang tayangannya. Sama seperti sitcom 2+1 yang menampilkan watak lelaki lembut, Jangan Ketawa arahan Louisa Cheong and Harith Iskander ini lebih berani dan terbuka Mana tidaknya, bukan saja menyelitkan elemen lucu yang mempunyai dua makna, mereka juga berani meletakkan watak Moon dan Dee sebagai lelaki berpakaian wanita untuk tayangan masyarakat awam. Selain itu, jika anda semua ingin melihat Harith Iskandar pada awal kariernya sebagai seorang pelawak dan juga pengarah, rancangan ini perlu ada dalam senarai wajib tonton peminat-peminat beliau. 3) Kopitiam Sebuah sitkom arahan Ng Ping Ho dan diterbitkan Double Visionini menceritakan pahit manis seorang wanita yang dilakonkan Joanna Bessey mempertahankan legasi kedai kopi lama yang diwarisinya daripada keluarga.
Sitkom ini yang bersiaran selama tujuh musim DI NTV7 memperkenalkan orang ramai kepada beberapa nama seni yang masih lagi aktif sehingga kini seperti Douglas Lim, Rashid Salleh, Lina Teoh, Mano Maniam dan Tan Jin Chor.
Lebih membanggakan, bukan saja mendapat rating tinggi di Malaysia, tetapi sitkom Kopitiam ini juga mendapat pengiktirafan sebagai sebuah SITKOM TERBAIK ASIA pada tahun 2000. 4) Spanar Jaya Sitkom yang mengisahkan tentang seorang usahawan yang membuka sebuah bengkel kereta dihiasi telatah pelanggan dan juga pekerjanya.
Jika anda bertanya kepada sesiapa saja yang pernah menonton sitkom ini, ramai akan dapat menamakan setiap watak di dalam Spanar Jaya antaranya Pak Selamat, ez, Misha, Edy Lentok, Abdullah dan yang paling popular adalah Mat Rock.
Pada tahun ini, TV3 menyiarkan versi terbaru Spanar Jaya yang diberi tajuk Spanar Jaya X. Walaupun tidak mengekalkan kesemua pelakon lamanya dan diisi barisan pelakon baru seperti Uqasha Senrose, sitkom ini berjaya mengekalkan watak kegemaran semua. Siapa lagi kalau bukan Mat Rock. Sumber : Kipaszz Jadi, kepada peminat sitcom ini yang ingin melihat gelagat Mat Rock selepas berbelas tahun menyepi, jangan lupa untuk menonton Sitkom Spanar jaya X di TV3. 5) Pi Mai Pi Mai Tang Tu Menjadi salah satu sitkom paling lama disiarkan di televisyen dari tahun 1985 sehingga 2004, Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia kerana ianya sudah terpahat dalam sejarah tahun 90-an masyarakat kita.
Salah satu buah tangan yang boleh dianggap terbaik daripada raja sitkom Malaysia, Othman Hafsham kerana kisah yang cuba disampaikan oleh pengarah dan pelakon sitkom ini cukup dekat dan memberi kesan kepada penonton yang mengikutinya daripada awal. Mana tidaknya, sitkom yang bermula dengan mengisahkan masyarakat di sebuah kampung iaitu Kampung Seri Wangi dan kemudianya berpindah ke Flat Seri Wangi membawa penonton kepada masalah sebenar dalam kehidupan seharian sebagai mayarakat majmuk di Malaysia. Perjalanan dan penceritaan sitkom ini menjadi dekat dengan penonton kerana setiap perubahan yang dialami pelakon di dunia sebenar di masukkan sedikit elemennya kedalam watak pelakon tersebut .Ini membuatkan setiap watak di dalam sitkom ini hidup di dalam ingatan penonton. Malah, betapa popularnya sitkom ini sehingga sitkom ini pernah dibawa ke pentas teater muzikal pada tahun 2006 dan telah diadaptasi ke siri komik strip mingguan di dalam akhbar berita mingguan.
Sitkom mana pernah menjadi kegemaran anda? - CARI |
Boomibulat replied at 16-7-2019 10:51 AM
Sambunng lg
Bendul
exclusive_vvip replied at 16-7-2019 11:03 AM
haaaa, i mencari tajuk ni..Gado2...patut yg ni masuk lam list...
Wakefield replied at 16-7-2019 11:10 AM
PMPMTT.
Episod paling x boleh lupa, episod Teh Manis. Guest actress vanida imran bawak watak Te ...
kucingitam replied at 16-7-2019 11:07 AM
Pi mai2 Tang tu follow dari zaman Kg seri wangi.sampai pindah flat.
2+1 memang syok. Raja ema pun ...
kucingitam replied at 16-7-2019 11:14 AM
yang pantun pun best gak..
ada satu lagi pertandingan nyanyian bertemakan cuaca/alam sekitar. M ...
Boomibulat replied at 16-7-2019 10:50 AM
Yang i pnh tgk kecik2 dl
Pi mai tang tu
ADVERTISEMENT