Menggemparkan apabila sebuah paparan video menunjukkan sekumpulan penduduk kampung di Pahang melakukan zikir sambil berdiri dan menggerakkan tubuh.
Perbuatan tersebut turut 'disyaki bertentangan dengan syarak'. Menurut Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut, perbuatan itu diketuai individu dikenali sebagai Tok Ki atau Tok Ayah dari Terengganu yang diundang oleh penduduk kampung. Syarifuddin Mohamad Sa'ad berkata, Tok Ki ada dipanggil untuk siasatan semalam namun tidak muncul dan sebaliknya bersedia untuk bertemu hari ini.
“Kita menerima rakaman video ini disyaki bertentangan syarak,” katanya seperti dilapor Harian Metro. “Kami akan mendengar penjelasan lelaki itu dengan disaksikan panel akidah dari Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” katanya. - CARI
|
jfq: Awat yg pompuan tu mengepak2
shernazz replied at 15-7-2019 07:21 PM
Acik belakang dh terdampar kepenatan..lama sgt berdiri tu..
ADVERTISEMENT