Anak merupakan anugerah. Tidak semua insan berpeluang menerima cahaya mata sebaik sahaja berkahwin. Namun, ada yang bertuah memiliki cahaya mata tapi dibuang malah ada juga dibunuh tanpa belas ihsan. Disebabkan itu, pasangan yang bertuah haruslah memelihara anugerah tersebut dengan sebaik mungkin dan hendaklah mendidik mereka menjadi seorang insan yang berguna.
Namun, lain pula nasib si kecil yang baru sahaja berumur 7 bulan ditinggalkan sebatang kara akibat ditinggalkan ibu-bapanyanya di hospital. Yang menyedihkan, ibu tersebut dikatakan sudah tidak waras gara-gara si suami berkahwin lain. Menurut perkongsian seorang pengguna facebook yang bergelar bunga larangan, tiada seorang pelawat yang melawat bayi tersebut, malah hanya sebatang kara mengharap belas ihsan staf hospital yang baik hati menjaga si comel tersebut. Kisah di sebalik si comel tersebut adalah kerana ibunya telah diuji dengan penyakit 'GILA' dek kerana suami ada perempuan baru. Mungkin kerana tekanan sejak dalam pantang, atau mungkin saja sudah lama memendam perasaan sehingga diuji sedemikian rupa.
Wahai si ayah kenapa terlalu kejam.. Penat menangis sampai tertidur sendiri.. Sayu hati melihat keadaan bayi tersebut yang petutnya ketika ini di dalam dakapan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Ternyata kisah ini menjentik hati netizen yang rata-rata meluah rasa sedih melihat keadaan bayi tersebut. |
ADVERTISEMENT