CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Suruh Saya Tinggalkannya Dan Dia Sudah Ada Kekasih Baru"- Naim Daniel Diselar Tidak Jujur Oleh Bekas Kekasih

13-7-2019 09:07 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 18918| Komen: 39|Original author: Oleh: Myeonir

Nama Naim Daniel semakin melonjak naik sejak keluarnya lahgu hit yang ditulisnya 'Sumpah' serta lakonannya yang mendapat pujian netizen menerusi drama 'Pia'.

Dalam gembira menikmati populariti, nama Naim sedikit terpalit apabila bekas teman wanita yang dikatakan merupakan ilham di sebalik lagu 'Sumpah' telah tampil dan menyelar kenyataan penyanyi itu.

Kredit foto: Instagram
Sebelum ini, Naim telah menceritakan dalam satu temu ramah di mana dia berpisah dengan kekasihnya atas keputusan wanita itu sendiri dan dia menghormati keputusannya.

Rupanya gadis yang dimaksudkan oleh Naim ialah Dayana yang merupakan pelakon kanak-kanak dalam Elly & Apit serta pernah memenangi pertandingan Idola Kecil 2.

Kredit foto: Blog
Dayana yang telah pun menikah dengan Hadi Mazlan yang memegang watak Apit dalam drama bersiri itu meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi Instagram dan menyelar kenyataan Naim Daniel yang tidak jujur dan benar.

Kredit foto: Instagram

Dayana terkilan kerana Naim tetap mengeluarkan lagu itu walhal 'Sumpah' merupakan hasil tulisan dan rekaan mereka berdua, sepatutnya lelaki itu menanyakan pendapatnya dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.



Menurut Dayana, dia pernah menghubungi Naim mengenai hal lagu ini dan bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi itu yang menyatakan mereka tidak pernah berhubung.


Rupanya melodi dan lirik untuk lagu 'Sumpah' telah dicipta oleh mereka berdua sekitar tahun 2013-2014 sebelum mereka berpisah.


Dayana menjelaskan bahawa punca sebenar mereka berpisah adalah kerana Naim sudah mempunyai keksih hati yang lain ketika itu dan meminta dia untuk meninggalkannya.


Tujuan Dayana menjelaskan hal ini adalah kenyataan Naim yang bercanggah dengan kisah sebenar telah memudaratkannya dan boleh menimbulkan fitnah daripada peminat dan orang ramai.



Kredit foto: Instagram
Apa cerita Naim? -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • JanieCDavis

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote megan_pox 13-7-2019 09:27 AM
Topik bbnu ke cane nk..aku xleh abai market bbnu ni pengaruh pasaran besar

Semalam pon yg dapat 1 ha pon leh dapat markah tertinggi undian sbb bbnu jgk
Quote aemon 13-7-2019 09:31 AM
Ok.bila budak bbnu bercinta..
Quote rayray28 13-7-2019 09:38 AM
Ok mmg tertinggal cerita sbb x terdgr plak org kait lagu tu dgn minah ni..kalau x puas hati setel belakang jela mintak share sket hasil ke..lgpn dh jd isteri org kan nk sentap apa lagi dgn ex tu lantak pi laa ke dia..buat cmni cm nk numpang hype je dh ghopenya...seyes x terdgr plak org dok kait2 ke dia smpi jd fitnah pe bagai..haiyaa x matang
Quote putericahaya999 13-7-2019 09:43 AM
Tak baiknya ambik lagu org buat macam lagu sendiri
Quote mizZue 13-7-2019 10:21 AM
Mmg meluat dgn naim whatsoever ni..allo..bgs dayana buat statement..i sokonggggggg... berbahasa dh dia tulis tu..terbaik dayanaaaa... u go girl
Quote LadyCarefree 13-7-2019 11:03 AM
Dah ada thread la. Koser bbnu dengan bbdt punye hal pon bnyak thread.
Quote cicicumel 13-7-2019 11:29 AM
who r yusssss???
Quote izat123 13-7-2019 11:34 AM
rayray28 replied at 13-7-2019 09:38 AM
Ok mmg tertinggal cerita sbb x terdgr plak org kait lagu tu dgn minah ni..kalau x puas hati setel be ...

Naim Daniel tu yang kait dengan dia dalam interview dengan DJ Nazz. Siap buat cerita sedih kahwin tak jemput berpisah halangan keluarga bagai. Cubaan nak tiru stail Pian Suhaimi jaja kisah sedih lariskan lagu. Dayana ni jawab jelah dah orang duk speku dia kejam stail Elbulu
Quote Ferr_Remy 13-7-2019 11:39 AM
Sakit jiwa kot mamat gusi tu
Quote eyansss 13-7-2019 12:14 PM
izat123 replied at 13-7-2019 11:34 AM
Naim Daniel tu yang kait dengan dia dalam interview dengan DJ Nazz. Siap buat cerita sedih kahwin  ...

yup...  aku tengok dayana tu bukan bising pasal hak san royalti tapi lebih kepada fitnah kenapa putus segala...
Quote Kurex 13-7-2019 12:26 PM
Aku ingatkan ina naim tadi
Quote AmandaRollins 13-7-2019 12:29 PM
Bbnu mmg kuat merempan kan
Quote ihtisyam1 13-7-2019 12:30 PM
Dayana duk diam diam sudah laaa.... Si naim pun, otak ko katne,  
Quote CardiGans85 13-7-2019 12:43 PM
Fitnah kena betulkan. Klu aku jadi dayana pun akan aku keluarkan statement ini untuk first dan last bg keadaan crystal clear.

Quote RatuDunia94 13-7-2019 01:41 PM
So.. kurang la markah nk menang AJL since ada isu copyright...
Quote LadyCarefree 13-7-2019 02:15 PM
eyansss replied at 13-7-2019 12:14 PM
yup...  aku tengok dayana tu bukan bising pasal hak san royalti tapi lebih kepada fitnah kenapa pu ...

Apalah yng nk dicanang sngt naim yg suruh dayana tinggalkan naim? Dayana dah ada laki kot. Dia nak cakap yang kalau naim xsuruh tinggalkan, dayana nak kat naim? Move on la dayana. Ke ko bitter sebab berbelas tahun jd penyanyi pon sendu sesendunya tp ex bf ko meletop.
Quote eyansss 13-7-2019 02:22 PM
LadyCarefree replied at 13-7-2019 02:15 PM
Apalah yng nk dicanang sngt naim yg suruh dayana tinggalkan naim? Dayana dah ada laki kot. Dia nak ...

dayana betulkan statement naim cakap dayana tinggalkan dia tapi sebenarnya naik yang tinggalkan dia...  siap cakap halangan keluarga padahal family dia ok, naim yang dah qda gepren baru masa tu...  kira nak bersihkan nama je la...
Quote MatDeghem 13-7-2019 03:18 PM
eyansss replied at 13-7-2019 02:22 PM
dayana betulkan statement naim cakap dayana tinggalkan dia tapi sebenarnya naik yang tinggalkan di ...

kan.... susah mereka nak faham kot.

[ig]https://www.instagram.com/p/Bz2JjsqH75R/[/ig]



Harap lepas baca ini mereka faham lah .....

si naim  nak buat cerita drama akasia tv3. Konon Cinta terhalang oleh pak mak......
Lepas tu murung....hati hacur dalam debu...tulis lagu terus meletop


Melayu bila bersembang ....babi pun bleh terbang.
Ammekauuu naim .... dayana tangkap babi terbang ko


Quote eyansss 13-7-2019 03:44 PM
MatDeghem replied at 13-7-2019 03:18 PM
kan.... susah mereka nak faham kot.

kat fb lagi la ramai yang tak paham2 n tetap nak salahkan dayana...  baca tak habis ke baca habis tapi pemahanan out...

naim dah mintak maaf eh...  bagus...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.206820 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top