"Betui la kata Ustaz Azhar Idrus. Orang Malaysia ni memang mulut jahat. Dok mengata orang, depa ja betui" Eh! Kenapa Rozita Che Wan marahkan sangat ni? Oh! Rupa-rupanya Che Ta bengang dengan sikap segelintir netizen yang suka memandai-mandai jatuhkan hukum sendiri. Maklumlah dunia hiburan 2019 sentiasa digemparkan dengan kes penceraian artis hinggakan banyak spekulasi timbul. Menyatakan mulut netizen ni memang jahat kerana suka melihat kesilapan orang lain menggunakan kanta pembesar lalu menjaja keburukan tersebut. Bagi golongan ini, apa yang mereka nampak semuanya salah, yang betul cuma mereka. "Tengok orang kahwin, mula la komen, nanti beceqai la tu. Pasai pa nak kena cakap benda yang tak elok? Kalau tak dak benda elok nak komen, simpan jaqi tu!" Dipercayai Che Ta menyampah dengan obses keterlaluan oleh warganet ke atas penceraian yang berlaku terhadap selebriti seperti Alif-Bella, PU Abu-isteri serta terbaharu Fizo-Mawar. Menyentuh sikap warganet yang suka membuat kesimpulan sendiri ini, Che Ta menegaskan sikap ini lah yang dilaknat Allah. "Bila dengaq pulak orang beceqai, depa gelak! Tak pun depa komen, artis memang suka kawen ceqai , tak pun depa kata dah agak dah! Awat?? Hampa semua memang dok dalam selimut kami ka? Tidoq sebantai ka yang nak dok komen macam tu" Che Ta turut membahaskan supaya warganet bermuhasabah sendiri bahawa setiap kejadian itu adalah ujian semata-mata. Dan ujian tersebut kerana Allah tahu sejauh mana keimanan kita. Rahsiannya Allah mahu melihat sejauh mana hambanya melalui dugaan tersebut. "Sepatutnya bila kita dengar benda-benda macam ni jadi , bukan menunding jaqi kat orang , muhasabah dan perbaiki diqi sendiqi , bukan tepuk tangan bila tengok orang lain di uji." "Hidup di dunia ni sementaqa.. suami dan isteri Allah pinjamkan pun untuk sementaqa." Bagi Che Ta, ujian itu akan mematangkan manusia seterusnya mendidik kita supaya tidak mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan. "Mungkin haqi ni haqi org lain, haqi kita , tak tau bila.. jangan dok seqonok sangat tengok orang lain diuji. Dan bila tak dak benda elok nak komen , diam lebih baik ... azab pedih oiiiii menunggu." Wah! Padu betul Che Ta bagi kritikan pada warganet sekalian. Ada betul sebenarnya sebab ramai yang suka membuat ulasan pada kisah-kisah artis hingga ada yang meramalkan perkara tidak baik kepada pasangan tersebut. Sebaiknya jaga diri sendiri dan diam sahaja supaya tidak menyakiti orang lain. Bimbang pula jika ia balik pada orang yang mengata. - CARI |
Miawlover replied at 12-7-2019 07:18 AM
Hihi hihi.. Siri bercakap dpn cermin..
manehnya replied at 12-7-2019 03:05 PM
cikta awat lama x p oversea...? dah kata org mesia mulot jahat, dia tu org mana? org siam ka
amlisa replied at 12-7-2019 03:24 PM
Che ta hang kalau tulih x reti nak eja elok2 ka..meluat ngat aih aku baca..eja serupa apa ja
kikuri replied at 12-7-2019 03:34 PM
hang pun sama je che ta... jangan nak cakap orang sangat... hang je betui
ADVERTISEMENT