Semakin ramai orang dari luar negara yang masuk ke Malaysia sama ada kerana ingin mencari pekerjaan mahupun untuk menyambung pelajaran. Hal ini kerana negara Malaysia yang semakin maju dan kian meniti di bibir dunia.
Pun begitu, kadang-kadang kita sering terdengar cerita yang kurang sedap didengar seperti masalah jenayah dan tak kurang juga rakyat kita yang tidak memberi layanan yang elok kepada warga asing. Kelmarin kecoh apabila tersebar cerita bahawa seorang warga Nigeria mengamuk di kedutaan Nigeria di Jalan Ampang Hilir.
Lelaki ini menyatakan bahawa mereka sering diganggu setiap hari dan tidak mendapat layanan yang baik daripada orang sekeliling. Menurut individu yang memuat naik video ini, dia mendapat info yang menyatakan bahawa terdapat seorang warga Nigeria yang ditahan dalam lokap tanpa alasan yang kukuh dan telah meninggal dunia ketika dalam tahanan. Pun begitu, individu ini menjelaskan bahawa dia tidak dapat mengesahkan kesahihan hal ini. Ada individu lain yang telah memuat naik berita dari luar negara mengenai kes ini. Selepas tular berita ini, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang meninggalkan komen berbaur perkauman tanpa belas simpati. Para netizen lain terus bangun dan mengkritik komen negatif ini. Mereka menyatakan bahawa rakyat Malaysia semestinya tidak mahu mendapat layanan buruk apabila di luar negara jadi sepatutnya yang meninggalkan komen negatif ini harus lebih memahami. Ada juga netizen yang menyelar prosedur yang digunakan oleh pihak polis dalam menangani isu warga asing seperti ini. Setakat ini, belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai kes ini. Apa pula pendapat anda? -CARI |
saviour_09 replied at 12-7-2019 03:01 PM
ko tak dapat layan yg baik kat sini
why the fcuk in 1st place, u still here la babi?!!
saviour_09 replied at 12-7-2019 03:01 PM
ko tak dapat layan yg baik kat sini
why the fcuk in 1st place, u still here la babi?!!
ADVERTISEMENT