CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertipu Cinta Dusta Lelaki China, Suri Rumah Lebur RM5,000

11-7-2019 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3924| Komen: 21

Description: Terpedaya dengan cinta seorang lelaki warga China, seorang suri rumah mengalami kerugian RM5,000.Memetik laporan Kosmo, wanita berusia 51 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai masalah rumah tangga s ...
Terpedaya dengan cinta seorang lelaki warga China, seorang suri rumah mengalami kerugian RM5,000.

Memetik laporan Kosmo, wanita berusia 51 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai masalah rumah tangga sebelum berkenalan dengan lelaki tersebut di laman sosial. 


Manakala, suspek mendakwa dirinya merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang import dan eksport.

Suspek kemudian memberitahu mahu memulakan perniagaan di negara ini dan meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk membayar deposit yang dikenakan kerajaan berjumlah RM10,000. 

Alice Lee (kiri). Kredit foto: kosmo

"Mangsa kemudian telah melakukan dua transaksi memasukkan wang berjumlah RM5,000 ke akaun milik seorang peguam bernama Rosalia P. Samierto.


"Pihak bank ada menasihatkan wanita itu untuk berhati-hati selepas mendapati berlaku transaksi mencurigakan menerusi akaun terbabit, namun mangsa hanya menyalahkan kerajaan yang mengenakan deposit tinggi terhadap kekasihnya itu," terang Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Keroh, Alice Lee.

Tambah Alice lagi, selepas itu seorang lelaki yang mendakwa dirinya peguam dan pemilik akaun tersebut meminta wanita itu membayar wang cukai sebanyak RM108,900. 

"Selepas tidak lagi mempunyai wang sebanyak itu, katanya, mangsa datang ke pejabat Japerun Ayer Keroh untuk berbincang sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam kelmarin," katanya lagi. 

Pihak polis turut mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 11-7-2019 05:11 PM
Dengan Pelipin mana la ngko bagi duit free tuh.
Quote Modngengade 11-7-2019 05:14 PM
cash lah......
Quote moonbug 11-7-2019 05:29 PM
Masalah rumahtangga dengan husband dah settle belum?
Quote yuki812 11-7-2019 05:31 PM
nak kata buta it..tak membaca paper..mcm tak logik pompuan ni.
Quote Pink_Purple 11-7-2019 05:43 PM
dah ada masalah rumah tangga..

patut duit 5k tu boleh buat mcm2 untuk teruskan hidup
Quote Pink_Purple 11-7-2019 05:45 PM
thread dah ada

https://mforum.cari.com.my/forum ... amp;fromuid=2267580
Quote Pink_Purple 11-7-2019 05:46 PM
thread dibuka wartawan cari selalu lambat..

wartawan masuk kerja pukul berapa...masuk forum baca artikal,pas2 buka thread sendiri..ubah je tajuk
Quote kaklong32 11-7-2019 05:48 PM
tak pasal2 rugi duit
Quote matchstick 11-7-2019 05:50 PM
nasib baik ada duit rm5k je...lg byk duit lg byk kena tipu.
Quote angel.dust 11-7-2019 06:05 PM
Sendiri cari pasal. Rasain loh.
Quote nono86 11-7-2019 08:45 PM
Kesian. Kalu dah kurang kasih sayang, mudah ngat tertipu... Laki bisnes ni mana ade masa nak main pesbuk dan yang sewaktu dengannya
Quote danieladam 11-7-2019 09:44 PM
Ingatkan gamba atas tu mangsa..
Quote clarizsa 11-7-2019 09:59 PM
Padanlah muka tua bodoh
Sundal bini org nak gatal dgn jantan lain

Jijik perangainyaaa
Quote auntyacid 11-7-2019 11:29 PM
Adoi.. skrg dh mmg rata riti cerita psl scam... ptut ahli bisnes yg dh lma bniaga ni dah alert mnde2 mcm ni...
Quote buapakperut 12-7-2019 04:37 AM
kok ye pun nak berskandel kat alam maya,janganla sampai bagi2 duit.
Quote NadaDeafah 12-7-2019 08:12 AM
mangsa tu gambar makccik atas tu ke atau bukan?
Quote Foxey 12-7-2019 01:26 PM
Naper la mudah ngat percaya? Terer gak mamat China tu mengayat sampai makcik tu sanggup bagi duit. Padahal dia masih bini orang regardless la bermasalah rumahtangganya
Quote kualibesi 26-8-2019 09:20 AM
bangga nya muka. xmalu ke
Quote Pamelaloba 8-9-2019 10:26 AM
No wonder la ramai scammer sekarang hmmm

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047666 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top