Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali adegan tidak senonoh ini berlaku di Malaysia. Lebih malang lagi kita tidak dapat melakukan apa-apa untuk membanteras kejadian yang sangat biadap ini. Kelakuan pelancong dari Negara China sememangnya diketahui sangat tidak beradab. Di mana-mana pun mereka tidak segan silu untuk membuang air besar seperti yang pernah berlaku sebelum ini iaitu di pantai, di dalam tong sampah di pusat beli belah dan yang terbaharu di Sabah iaitu membuang 'hajat' di dalam longkang di hadapan bangunan. Adalah sangat memalukan kerana ianya berlaku di khalayak ramai namun tiada apa yang boleh dilakukan kecuali menularkan gambar kejadian itu semata-mata. Seorang warganet, Hannan menulis bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi membasmi panorama buruk ini. Mungkin boleh dimulakan oleh mereka yang melihatnya supaya menegur pelancong ini berbanding mengambil gambar lalu mengedarkannya di media sosial.
Bagaimanapun, cadangannya tidak mendapat sambutan. Ini kerana ramai yang pernah cuba menegur situasi tersebut tetapi disambut dengan keadaan terpinga-pinga disebabkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Lebih teruk apabila mereka membuat bunyi bising seperti marah tetapi tetap tidak berganjak dari perbuatan 'busuk' tersebut. Seorang warganet pula mencadangkan bahawa teguran tidak lagi berkesan maka golongan ini sepatutnya ditangkap. Ramai warganet turut berkongsi pengalaman mereka mengendalikan ragam pelancong dari tanah besar itu. Antaranya ialah perbuatan tersebut adalah perkara biasa di negara mereka. Ketika berada di pusat beli-belah panorama kanak-kanak kencing berhampiran tong sampah akan disaksikan sekitar 4 hingga 5 jam sekali. Ada juga pelancong yang kaya hingga boleh menginap hotel lima bintang tetapi berperangai jumud iaitu meludah-ludah di lobi hotel, dengan selamba merokok di dalam pusat beli belah dan banyak lagi. Ini menyebabkan mereka sudah malas untuk menegur perbuatan yang ibarat mencurah air di daun keladi. Jadi, apa kesudahan perkara ini? Mengenali mentaliti mereka yang berotak kosong seperti tiada jalan penyelesaiannya. Apa yang boleh kita lakukan? Membuat aduan terhadap pihak pengurusan atau membiarkan sahaja perkara tersebut di depan mata? - CARI |
chicozinn replied at 11-7-2019 12:01 PM
dekat sabah memang ramai puak PRC datang..ingat lagi masa gi island hoping kat public shower leh lak ...
maitang replied at 11-7-2019 12:50 PM
badan2 berwajib buat la rules denda diorang yang buat camni
Boomibulat replied at 11-7-2019 12:02 PM
Jgn la tegur..nti sape nk beli minyak sawit msia.
bezita60 replied at 11-7-2019 12:53 PM
Jangan tegur.
Lain kali kalau nampak, kau panggil geng ramai2,
ADVERTISEMENT