CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berita Kepulangan Baby Ainul Ke Malaysia Tak Benar - Dr Amalina

10-7-2019 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4814| Komen: 23

Ramai yang tidak sabar dengan kepulangan bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin ke Malaysia selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan 200 gram di mulutnya. 

Namun demikian, berita mengenai kepulangan si comel itu nyata tidak benar, menurut Dr Nur Amalina Che Bakri. 

Memetik laporan Projek MM, Nur Amalina menerusi Instagram meminta semua pihak memberikan ruang dan privasi buat keluarga bayi itu. 

Kredit foto:


“Namun saya minta agar diberikan ruang privasi buat keluarga Ainul. Berita tentang kepulangan Ainul tidak benar. Dia masih di bawah jagaan hospital dan akan pulang ke rumah apabila bersedia.

“Tolong jangan siarkan berita tentang tanggapan atau cerita pihak ketiga. Kadang kala ‘kurang itu lebih baik’. Pihak perubatan di sini meminta kerjasama anda demi kebaikan Ainul, terima kasih,” katanya. 



Terdahulu Harian Metro melaporkan penerbangan Ainul Mardhiah dari United Kingdom yang dijadual tiba di Kuala Lumpur petang semalam dibatalkan atas faktor kesihatan bayi tersebut. 

Dalam pada itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin seperti dilaporkan akhbar tersebut turut berkata anaknya akan di bawa pulang ke sini 'secara senyap-senyap'.

“Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.

“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 10-7-2019 05:42 PM
parents baby ni yg x pandai jaga privacy.
Quote uori 10-7-2019 05:45 PM
Dalam pada itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin turut berkata anaknya akan di bawa pulang ke sini 'secara senyap-senyap'  
Quote orkidorkido 10-7-2019 05:51 PM
Masa minta derma kenapa tak minta senyap-senyap?
Now ai is sentap-sentap
Orang tanya khabar je pun tak boleh kee
Quote CiliPadiSedap 10-7-2019 07:28 PM
netizen pun dengan parent ainul pun nak gaduh, gaduh dengan sis vokuru cukuplah
Quote Bilissey 10-7-2019 07:48 PM
Baguslah balik senyap2. Kalau orang tahu dia balik, mesti ramai melawat. Banyak risiko untuk jangkitan. Jadi hal lain pula nanti. Kesian baby
Quote debab_78 10-7-2019 08:00 PM
orkidorkido replied at 10-7-2019 05:51 PM
Masa minta derma kenapa tak minta senyap-senyap?
Now ai is sentap-sentap
Orang tanya khabar je p ...


kalau kecoh2 nanti natizen ramai nk tgk ainol..bila tgk nk gomol la nak cium la nak cuit la. silap hari bulan acik2 yg nk sgt jumpa baby ainol ramai2 tgu kt airport tunggu diaorg sampai.. tangan n badan org dewasa berisiko ada bakteria n boleh jangkitkan baby ainol yg dlm fasa untuk sembuh.. antibodi dia tk kuat n boleh dpt infeksi. harap natizen memahami yg benda ni bukanlah sengaja utk belakangkan perasaan dan rintihan natizen... yg paling penting kt sini adalah kesihatan baby ainol..
Quote orkidorkido 10-7-2019 08:09 PM
debab_78 replied at 10-7-2019 08:00 PM
kalau kecoh2 nanti natizen ramai nk tgk ainol..bila tgk nk gomol la nak cium la nak cuit la. sil ...

Rakyat Malaysia tak seteruk tu lah you. Kalau teruk orang tak derma, orang tak doa kan .. Cakap saja 'baby akan pulang, tapi masih belum dapat berjumpa semua, doa kan baby cepat sembuh' .. kan sopan tu? Orang tanya khabar saja, nak tahu. Tak perlu tipu-tipu. Dalam flight baby will be accompanied by medical team, sampai tanahair pun pasukan perubatan akan tunggu, letak atas bed then push to ambulance tru special lane. Orang Msia takkan ambush pergi nak terkam peluk cium nya. Semua boleh bincang & minta kerjasama la, kenapa nak meghan markled sangat
Quote merrissa 10-7-2019 09:29 PM
batusembilan replied at 10-7-2019 05:42 PM
parents baby ni yg x pandai jaga privacy.

khennn rs mcm ritu parents tuh yg post kat ig ckp deme nak balik...ntah hape2....
Quote inaw1805 10-7-2019 10:25 PM
Bagi ruang utk doctor kat sana jalankan prosedur yg sepatutnya..bila masa dah betul2 sesuai baru ainul boleh balik..sama2 doakan ainul cepat sihat dan kuat dan boleh pulang ke malaysia.Jgn lah asyik force tanya parents ainul bila nak balik sume..
Quote debab_78 10-7-2019 10:51 PM
orkidorkido replied at 10-7-2019 08:09 PM
Rakyat Malaysia tak seteruk tu lah you. Kalau teruk orang tak derma, orang tak doa kan .. Cakap sa ...

benda tu mgkn jrg2 blaku dimata org ramai.. tp mcm aku yg kerja line medical ni banyak kes yang kadang2 kita sendiri pun tak boleh nk agak benda2 simple pun boleh tgl kesan yg besar utk pesakit.. pcyla... doktor dan pakar ni ada sop n reason dia kenapa dia advice mcm tu n mcm ni.. dlm kes baby ni, mmg tujuannya nk elak infection... xpela kalau ko nak pegang dgn ckp n pendapat ko..aku cuma ckp dari sudut etika medical yg aku tahu sikit2..
Quote mbhcsf 10-7-2019 11:08 PM
Edited by mbhcsf at 10-7-2019 11:21 PM

i respect team pakar perubatan di London dan di Malaysia , anda tahu siapa anda ketika  bawa pulang seorang warga Malaysia yg ketika dahulu terlantar sakit ketika melawat anak dia grad di UK, beberapa tahn lalu. syabas. pada yg melihat dari kejauhan saya suka keje melihat consultant  dan individu individu yg saya tahu bertungkus lumus menjayakan misi itu. saya suka andasemua sangat profesional dan buat keje  diam diam dan well done that team. unsung hero.
sebenarnya saranan perofessional pakar anaes dan intensive care Malaysia kepada hospital di London tu sangat betul.

bagus u all.

biar Allah aje tahu , kan? tak bising pun.
Quote jalfa 10-7-2019 11:26 PM
Apaknya pon seronok limelight gitu
Quote LadyCarefree 11-7-2019 02:31 AM
batusembilan: parents baby ni yg x pandai jaga privacy.


Betul. Pastu mcam show off melancung dah ade yng komen.
Quote LadyCarefree 11-7-2019 02:33 AM
orkidorkido replied at 10-7-2019 05:51 PM
Masa minta derma kenapa tak minta senyap-senyap?
Now ai is sentap-sentap
Orang tanya khabar je p ...

Bapak sibaby ni letak bio dia kat IG as PUBLIC FIGURE. Amboi?!
Quote LadyCarefree 11-7-2019 02:33 AM
orkidorkido replied at 10-7-2019 08:09 PM
Rakyat Malaysia tak seteruk tu lah you. Kalau teruk orang tak derma, orang tak doa kan .. Cakap sa ...

Setujooooooo
Quote LadyCarefree 11-7-2019 02:35 AM
jalfa replied at 10-7-2019 11:26 PM
Apaknya pon seronok limelight gitu

Apaknya dah siap ngaku diri sebagai Public Figure kat ig dia
Quote batusembilan 11-7-2019 09:21 AM
patut doc amalina sound direct je parents dia tu.
Quote laksmanabentan 11-7-2019 10:32 AM
orkidorkido replied at 10-7-2019 08:09 PM
Rakyat Malaysia tak seteruk tu lah you. Kalau teruk orang tak derma, orang tak doa kan .. Cakap sa ...

kan.... ingat semua org Malaysia ni 'batak' sgt ker...
kita tahu ler nak hormati privacy masing2...
cuma melahirkan rasa syukur jer kalau boleh bawa balik dan sihat sempurna...

masa derma dulu, ada ker ramai2 duk p cium2... ciut2 pipi adik nih...
aku rasa takde pun kan..
org menderma sbb ikhlas....


Quote RumiMenari 11-7-2019 10:57 AM
Apaknye yg bgtao dulu... pastu ckp takut infection drpd org ramai..org ramai mn yg nk serbu kl bukan drpd kaum kerabat korang..gi je la masuk dpt family group whatsapp..bgtao semua family x dibenarkan lawat termasuk la atok neneknye sbb sekian sekian sekian.......

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.037605 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top