Sudah gila agaknya, tiga lelaki dilaporkan bukan sahaja menangkap malah merogol seekor anjing berusia empat tahun secara bergilir-gilir dalam satu kejadian di India.
Insiden jijik itu menyebabkan kawasan Hathras di Uttar Pradesh gempar sekaligus menakutkan penduduk setempat. India Today melaporkan, dipercayai suspek yang mabuk telah melakukan seks luar tabii sehingga menyebabkan kecederaan dalaman kepada haiwan tersebut. "Mereka menggunakan telur untuk memujuk anjing spesies Pomeranian sebelum menculik dan melakukan perbuatan keji itu. Kesemua mereka juga dipercayai mabuk," dedah pemilik anjing itu, Santosh Devi.
Pada awalnya, dia mendapati anjingnya hilang pada jam 10 malam (waktu tempatan) dan masih tidak mengesyaki apa-apa. Sehinggalah dia menjumpai anjing itu dalam keadaan cedera parah di rumah sewa suspek yang bersebelahan rumahnya keesokan hari. Pemilik anjing seterusnya membuat laporan di balai polis Hathras dan siasatan sedang dijalankan. - CARI
|
matchstick replied at 10-7-2019 07:17 AM
Tangkap. Bogel kan. Pastu bg anjing pitbull gigit konek dia
sukacactus replied at 10-7-2019 07:51 AM
Siannya anjing tu
Pomeranian ni kan jenis anjing cute2 gebu2 tu
Xkan dgn binatang pun bernafsu:sha ...
ADVERTISEMENT