Seorang wanita menghubungi bomba kerana panik selepas menyedari kehadiran seekor lipan di sebuah premis perniagaan di pekan Beluran, semalam. Harian Metro melaporkan, tindakan wanita berusia 20 tahun itu didorong akibat trauma terhadap haiwan berbisa berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.22 petang dan mengerahkan lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk memberi bantuan. Namun, sebaik tiba mereka mendapati lipan itu sudah mati dihempap kotak yang dibaling sendiri gadis berkenaan. Pun begitu, gadis berkenaan dikatakan masih trauma dan duduk di atas meja kaunter sehingga anggota terpaksa menenangkannya. Menerusi ruangan komen di Facebook JBPM Beluran, kakak gadis terbabit mendakwa adiknya fobia terhadap haiwan 'berkaki banyak' itu.
“Bagi pihak pemanggil, saya minta maaf admin (Facebook JBPM Beluran), saya kakaknya. Masa tu dia sendiri di gerai. Dia (adik) memang kalau nampak lipan, macam nampak raksasa,” tulisnya. Tambah jurucakap JBPM Sabah, bomba akan sentiasa mengikut prosedur dan memberi maklum balas kepada setiap laporan diterima. “Malah, kes seperti ini juga adalah sebahagian kejadian yang tidak boleh dielakkan dan sudah menjadi lumrah tugasan bomba,” katanya. - CARI
|
nuryakmal replied at 10-7-2019 02:22 PM
bomba pun agak2la, sampai 8 orang dispatched ... kecemasan kan tau sebab apa... bukan pasal nak tang ...
matamata replied at 10-7-2019 02:22 PM
phobia ni susah nak ckp....phobia labah2 pun ramai....tak padan kecik....sampai ada terma khas utk p ...
noraidil_06 replied at 10-7-2019 02:28 PM
Org yg x de fobia mgkn x faham. Iols takut eskalator. Sedang mengatasi. Sebenarnye byk lg fobia. S ...
matamata replied at 10-7-2019 02:30 PM
hauksnya phobia uols....
ADVERTISEMENT