Bercakap soal Unifi/Streamyx ni memang ramai orang akan marah dan bengang. Selalu komplen adalah mahal dan susah.
Mungkin sebab banyak sangat komplen dan berdepan persaingan penyedia internet lain, TM pun mula berubah hendak perkenalkan UnifiAir. Agaknya, selepas menteri beri amaran kepada TM supaya beri cadangan untuk tambah baik masalah jaringan internet dan harga dihadapi ramai penggunanya, barulah semuanya buat kerja. Tapi, tak kisahlah asalkan buat kerja kan...yang untung pengguna juga. Maklumat tentang UnifiAir ini bocor dalam internet baru-baru ini. Memang patut pun mereka ubah pelan, Malaysia ni antara negara paling mahal harga internet di dunia tapi capaian boleh buat orang semua naik darah!
Antara kriteria terbaru UnifiAir adalah ia mobile. Sebelum ini, Unifi/Streamyx ni tak boleh bawa ke mana-mana. Menyusahkan kena ada dua internet, satu kat handphone, satu lagi di rumah. Jadi UnifiAir ni gabung semua sekali. Kemudahan kedua, tak perlu panggil technician lagi dah! Boleh pasang sendiri, mudah macam pasang simkad je! Dikatakan terdapat tiga pakej yang sangat murah untuk pengguna dengan pelbagai pilihan. Pakej paling mahal adalah RM79 sebulan dengan data tanpa had. Dan boleh dihubungkan dengan 64 peranti elektronik. Maksudnya boleh pakai di pejabat jugak la kan? Pakej kedua berharga RM69 sebulan, pun dengan data tanpa had. Kedua-dua pakej data tanpa had, pengguna tak perlu bayar harga modem tu. Bagus jugak kan? Pakej paling murah berharga RM59 sebulan dengan kuota data 999GB. Jadi, kalau benar harga yang ditawarkan sangat murah dan tidak banyak masalah capaian internet, rasa-rasanya ramai akan bertukar balik kepada TM tak? Atau anda akan kekal dengan internet sekarang? - CARI |
dino replied at 23-7-2019 05:46 PM
p1 la tu haha
skrg aman2 dgn time 100mbps rm100 sajork
dino replied at 23-7-2019 05:46 PM
p1 la tu haha
skrg aman2 dgn time 100mbps rm100 sajork
Asdan replied at 23-7-2019 07:26 PM
minta cadangan,
apa nak pakai kalau setakat nak tengok drama & youtube?
ADVERTISEMENT