Tak habis-habis dilanda kontroversi dek perbuatannya menceraikan bekas isteri Ain Afini ketika sarat hamil, kini PU Abu kembali lagi dengan isu kontroversi terbaru juga berkaitan dengan rumah tangganya dengan isteri baru, Hana Azraa.
Dikatakan perkahwinan kedua PU Abu sedang goyah dan mulai retak menanti belah setelah dua bulan tempoh beliau sah menceraikan bekas isterinya yang terdahulu. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sehingga syurga nampaknya tidak membuahkan hasil apabila rumah tangga mereka turut diuji. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh tuan empunya badan, Hana Azraa iaitu isteri PU Abu kepada wartawan mStar. Menurut Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan suaminya PU Abu sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan telah membawa haluan masing-masing. "Saya dan suami kini dalam proses bercerai. Dah tak tinggal sebumbung, saya di Kedah dia pula di Kuala Lumpur." "Saya tak mahu lagi dikaitkan dengan Abu di media, hidup saya sudah cukup dengan anak-anak dan kerjaya." ujarnya kepada mStar. Hasil kaji siasat netizen juga mendapati mereka berdua juga sudah tidak mengikuti instagram masing-masing di laman sosial. "Tujuan saya memberitahu hal ini adalah untuk netizen tahu keadaan sebenar antara Abu dan saya supaya tiada salah faham tentang kami." Hana juga memaklumkan hubungan dengan PU Abu akan berakhir dengan baik selain mendoakan kebahagiaan suaminya dan Ain (bekas isteri PU Abu) serta anak yang baru lahir mereka bahagia sampai ke syurga. Difahamkan, pihak mStar juga telah menghubungi PU Abu mengenai pendedahan ekslusif isterinya, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. "Saya dan Hana masih suami isteri." balasnya ringkas. Konflik dan isu mengenai kehidupan peribadi Pencetus Ummah Abu ini diketahui umum dan menjadi kecoh seketika di kalangan warga net apabila perbuatan PU Abu bertindak menceraikan isteri pertamanya ketika sarat mengandung telah mengundang kecaman netizen. Kemudian, PU Abu bernikah buat kali kedua dengan isterinya kini, Hana Azraa, seorang janda yang dikaitkan sebagai punca penceraian mereka berdua. - CARI |
sofinamini replied at 9-7-2019 05:27 PM
hoh apakahhhhh . wait they all nie bukan baru kawin ke ? bukan ke ada forumers kata ada diinterview ...
Atata replied at 9-7-2019 05:29 PM
Hhaahahahahaha. Bongok gila kapel ni. Budak2 sgt
sofinamini replied at 9-7-2019 05:32 PM
Dasarnya perangai jantan nie. ok lah terlahar pulak . ke binik baru merajuk tak dpt perhatian teru ...
ira_sindarella replied at 9-7-2019 05:35 PM
aku tak rasa dia merajuk.
aku rasa dia taknak pun si abu at first place... aku syak si hana az ...
ADVERTISEMENT