Sebelum ini bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan ada memuat naik gambar bayi mereka. Kali ini PU Abu pun ada memuat naik gambar anaknya dengan kapsyen,
"Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan. Dah lah comel,nama panjang pula tu. Aku tak tahu macam mana Tok Kadi nak sebut nama dia nanti time nikah."
Bergurau tapi seolah-olah mengeluh dengan namanya yang panjang. Mungkin PU Abu hanya nak berseloroh tapi dianggap lain pula oleh netizen. Salah satu komen yang mengecam, "Geram pula aku, ni mesti ex-wife kasi nama anak lepastu dia perli." "Anak sendiri pun perli, apa punya bapak."
Tak cukup dengan itu Abu juga dihentam kerana dah bercakap tentang pernikahan bayinya. Kebanyakannya berdoa agar anak kecil itu akan membesar dengan elok dan tak ikut perangai bapanya. "Harap dia nikah sekali je, tak ada cerai-cerai." "Awal lagi fikir pasal tok kadi sebut nama nak nikah, fikirkan masa hadapan baby tu, untung baby ada ibu yang kuat." Buat yang tak tahu, sebelum ini PU Abu bertindak menceraikan Ain Afini Latif ketika dia sedang sarat hamil tujuh bulan kerana bericnta dengan seorang janda yang dikenali sebagai Hana Azraa. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|