Pelakon Norman Hakim sememangnya dikenali sebagai seorang ayah yang manja dan penyayang. Dia kerap memeluk dan mencium anak-anaknya baik lelaki mahupun perempuan walaupun anak-anaknya sudah pun besar.
Terbaru, Norman telah memuat naik satu video di mana anak bongsunya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Danisha dilihat sedang memeluk manja Norman. Norman juga dilihat beberapa kali mencium kepala anak perempuannya itu.
Bagaimanapun, ada netizen yang menegur Norman untuk menjaga batas antara dirinya dan anak perempuan kerana tidak manis dilihat seorang bapa mencium mulut anak gadisnya. Boleh bermanja tapi perlu ada batasnya kerana tidak manis pada pandangan orang.. Namun ramai yang menganggap ianya bukan merupakan satu kesalahan untuk ayah mencium mulut anak perempuannya selagi masih dalam batas agama. Biasalah tu, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Untuk mengelakkan sebarang kontroversi sebaiknya tidak perlu dikongsi video sebegitu kepada umum walaupun niat Norman baik dan sekadar untuk berkongsi sikap manja anak perempuannya itu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|