Untuk jadi cantik, macam-macam orang sanggup buat. Kadang-kadang rawatan itu macam tak berapa nak masuk akal pun ada.
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti mengakui dia melakukan rawatan suntikan DNA ikan salmon untuk terus kekal cantik. Menurutnya laporan Astro Awani: "Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega 3. Salah satu ikan yang paling tinggi kandungan omeganya adalah salmon."
Doktor yang merawatnya mendedahkan rawatan itu kini jadi pilihan ramai mereka yang mahu cantik terutama di Singapura dan Korea. "Sebab itu kita lihat kulit muka mereka sangat bersih, cantik dan berkilau," kata doktor itu. Krisdayanti yang sudah berusia 44 tahun itu disarankan mengambil suntikan setahun sekali kerana kulitnya masih baik. Suntikan DNA ikan salmon ini bertujuan untuk hilangkan hiperpigmentasi, liang pori yang besar dan kulit kusam. Macam-macam dibuat bila hendak cantik kan? Tapi, apa pun sebelum hendak buat, dapatkan nasihat doktor perubatan dahulu ye, jangan tanya doktor internet! - CARI
|
RatuDunia94 replied at 10-7-2019 12:45 PM
Xde effect apa2 ke?
shernazz replied at 10-7-2019 01:16 PM
Baca omega tu
Iols dengar lagu baru dari anak iols yg tadika neh
orkidorkido replied at 10-7-2019 01:13 PM
Nak cantik, nak slow down aging sila amalkan gaya hidup sihat. Pergi jogging ke petang2 biar slim. B ...
ADVERTISEMENT