CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdebar! 31 Julai Ini Keputusan Kes Bunuh Zulfarhan Osman

9-7-2019 11:32 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 23546| Komen: 80|Original author: Oleh: intan

Masihkah anda ingat mengenai kes seorang pelajar yang mati didera oleh rakan-rakan seuniversiti iaitu Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang terjadi kira-kira dua tahun lalu? Perkembangan terbaru mengenai kes tersebut diumumkan kelmarin apabila Mahkamah Tinggi telah menetapkan 31 Julai ini untuk keputusan kes yang melibatkan 19 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Hakim Datuk Azman Abdullah telah menetapkan tarikh tersebut setelah selesai mendengar hujah dan penjelasan kedua-dua belah pihak.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim ketika ditemui pemberita, antara isu yang disentuh ketika perbicaraan adalah pendakwaan mengenai 90 kesan tekapan seterika wap pada badan mangsa. Hasil laporan pakar patologi dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mendapati kesan tekapan itu telah menyebabkan mangsa mengalami kira-kira 80% kesan lecur pada tubuh badannya.


Pihak pembela juga membangkitkan hujah mengenai kesan kecederaan yang tidak kelihatan namun berdasarkan keterangan saksi, mangsa menjerit kesakitan setiap kali dipukul dan ditekap seterika. 


Barisan peguam yang mewakili tertuduh terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G Kalidas dan beberapa nama lagi. Manakala enam penuntut yang didakwa menghadapi pertuduhan membunuh dan bersubahat dalam perbuatan tersebut adalah Akmal Zuhairi, Azamuddin Mad Sofi, Najib Mohd Razi, Afif Najmudin, Shobirin Sobri dan Abdoul Hakeem yang jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 302 dan 109 kanun keseksaan. Kesemua tertuduh berumur 22 tahun.


Selain itu, terdapat lagi 13 tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap si mati. Mereka didakwa menyebabkan cedera terhadap mangsa dalam memeras ugut untuk mendapatkan pengakuan si mangsa dengan perbuatan mencuri komputer riba. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 7 tahun dan denda di bawah seksyen 330 dan 34 kanun sama, di bawah keseksaan.

Antara intipati lain yang dibawa oleh pihak pembelaan adalah punca kematian Zulfarhan bukan disebabkan oleh kecederaan ketika kejadian itu berlaku tetap disebabkan faktor luaran lain, serta niat dan peranan tertuduh seperti dalam pertuduhan.

Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 di Hospital Serdang dipercayai akibat didera oleh rakan seuniversiti setelah dituduh mencuri sebuah komputer riba. - CARI

Sumber: Bernama.com
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 9-7-2019 12:34 PM
Allahukabar. nervous nya nk tau keputusan arwah. 2 tahun dah tgu. semoga ada keadilan buat arwah. kesian family arwah yg turun naik mahkamah
Quote simatakucing 9-7-2019 12:40 PM
Singkap semula detik kejadian.

IMG-20190708-WA0014.jpg

IMG-20190708-WA0015.jpg

IMG-20190708-WA0016.jpg
Quote awanysss 9-7-2019 12:54 PM
semoga keputusan yg adil..
Quote rbmy 9-7-2019 12:55 PM
semoga nasib menyebelahi keluarga allahyarham.
semoga yg bersalah di bawa ke muka pengadilan.
Quote sitilu 9-7-2019 12:56 PM
berdebar ni, berdebar jantungku




Quote sitilu 9-7-2019 12:57 PM
masih berdebar lagi ni

Quote HannahMontana 9-7-2019 12:59 PM
Jangan kata tersedak susu sudahhhhhh

bukan xtahu kerajaan pakatan hanceng ni ,menipu saja kerjanya.
Quote jazaa100 9-7-2019 01:11 PM
Harap ke tali gantung....

Org tak de perasaan perikemanusiaan tak sesuai hidup dgn manusia....
Quote bawangkecik 9-7-2019 01:11 PM
simatakucing replied at 9-7-2019 12:40 PM
Singkap semula detik kejadian.

panas hati tgk muka si pelaku. yang best boleh gelak2 lepas keluar court.
Quote bawangkecik 9-7-2019 01:19 PM
D-5e9B-U8AEeykp.jpg
folo ig adik arwah _zuhelmieidros untuk update kes

Quote bawangkecik 9-7-2019 01:21 PM
D-6Y8_WU8AAQk3V.jpg
Quote kaseh80 9-7-2019 01:23 PM
Semoga dapat hukuman yg setimpal
Quote bawangkecik 9-7-2019 01:29 PM
D-8wrYiVAAA7Qil.jpg
Quote bawangkecik 9-7-2019 01:31 PM
D-7RwTWU4AAdAYG.jpg
Quote Ismacun 9-7-2019 01:48 PM
Ya Allah... kau berikanlah keadilan bt arwah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama2 org yg beriman... amin.
Quote bawangkecik 9-7-2019 01:49 PM
Senarai peguam okt

amzah.jpg
Amer hamzah arshad

hqdefault.jpg
Ranjit Singh Dillon

Mr-AG-Kalidas.jpg
A.G Kalidas

download.jpg
Dato Hazizah Kassim

Ramachelvam_Manimuthu_3005_(2).jpg
Datuk Seri M. Ramachelvam

Azizul Shariman Mat Yusoff

Zamri Idrus.


Quote kucingitam 9-7-2019 02:18 PM
kalau lah aku dilantik jadi peguam bela tertuduh, memang aku tolak terus..binatang sangat perangai sekor2..
Quote simatakucing 9-7-2019 03:05 PM
bawangkecik replied at 9-7-2019 01:21 PM

Kemaluan pon.menyayat hati betul.
Quote chandrahusin 9-7-2019 03:34 PM
Semoga ada keadilan buat arwah
didera & disorokkan
pembunuh sgt perangai msg2

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.099303 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top