CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nabila Razali Pun Bukan Sedap Sangat Nyanyi, Tapi Komen Orang Macam Bagus Sangat"

8-7-2019 02:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14723| Komen: 48|Original author: Oleh: Shimmer Shine






"Suara Nabila Razali tak sedap pun. Adik Aiskrim ni berganda lagi sedap dari si cumi-cumi ni."


Nabila Razali, artis jemputan program realiti I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kedua ini dikritik kerana membuat pilihan salah dengan menyingkirkan peserta yang boleh menyanyi. Menurut mereka komen yang diberikan oleh Nabila tidak kena seolah-olah dia bersuara sedap, sedangkan langsung tidak.

Lebih parah kerana peserta yang terawal tersingkir itu bersuara lebih sedap darinya. Malahan kemunculan mengejut peserta musim lepas, Bad Ghani atau lebih dikenali dengan gelaran 'Abang Aiskrim' juga membuatkan penonton naik menyampah dengan sikap perasan Nabila itu.



Kredit foto: IG

Menurut warganet, Nabilalah sebenarnya penyamar bersuara sumbang kerana suaranya tidak konsisten malahan hanya sesuai untuk lagu-lagu yang mendatar sahaja. Malahan, ramai yang pelik dengan kriteria pemilihan Nabila sendiri sebagai artis undangan kerana diketahui dia bukanlah penyanyi yang hebat.

Tidak cukup dengan laman media sosial TV3 dan TV9 dihujani komen-komen tersebut, IG Nabila turut di'serang' dengan komen-komen yang menyatakan bahawa suara peserta lebih sedap dari Nabila sendiri.

Kredit foto: IG


"Alasan nabila razali paling aku tak suka ...
Ingat orang nyanyi lek2 tak sedap ke nyanyi...
Yang beria tu selalu tak sedap haha eee geram aku."

Mujur jugalah Nabila mendengar kata Seelan Paul untuk memilih peserta yang tepat bagi menyanyi bersama di peringkat akhir. Jika tidak mungkin lebih teruk kecaman tersebut. Apa pun, rasanya Nabila sendiri tahu situasi ini dan cuba meningkatkan kualiti nyanyiannya. Beri peluang okey? - CARI 


2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aminsaniah 8-7-2019 02:47 PM
nabila ni mmg x amik kelas vokal ke..yela utk improve kan nyanyian dia...fofuler fofuler dah...
Quote Kurex 8-7-2019 02:48 PM
Buln tak sedap sangat, tapi tak sedap langsung! Merdu pun tak
Quote cikatilia 8-7-2019 02:58 PM
skang mmg sora kelaut pon femes

lagu mcm haram aje
mcm stock nyanyi dlm tandas
Quote mawar_mustika 8-7-2019 03:15 PM
i tgk icsyv semalam...masa mula2 nabila ni keluar nyanyi lagu vroom vroom tu, ya Allah suara die memang ke laut dlm xsedap sgt biasa i dgr dlm radio lagu die blh lh layan jugak tp semalam die bwk lagu vroom vroom tu mmg totally out sgt...pastu ble part last mule2 mcm kecewa jugak knp die xpilih pelukis mcm saranan jihan, tp serius bile dgr bdk yg menang tu nyanyi gile ah...mmg patut pun seelan sanggup pergi melutut sruh berduet dgn bdk tu...bdk prempuan tu suara die mmg sedap gila...mmg tenggelam terus nabila ble duet dgn bdk tu...mcm seelan kata misha omar versi muda
Quote piep 8-7-2019 04:08 PM
aminsaniah replied at 8-7-2019 02:47 PM
nabila ni mmg x amik kelas vokal ke..yela utk improve kan nyanyian dia...fofuler fofuler dah...

amik, dengan ex schoolmate iolls, bff ara johari tu. katanya nabila ni dah makin improve. tak tahula si bella ada nyanyi live ke bebaru ni?
Quote gelas_pelastik 8-7-2019 04:15 PM
adoiii kalau dengar lagu kat radio, boleh la jugak layan
bila live, sedihhh oiii
jadi guest artist untuk Hael Hussaini pun bila dengar dia live, fuhhh confident level dia infinity
Quote missDollie 8-7-2019 04:16 PM
This is true.. Memalukan jer yang amatur sedap lagi dari penyanyi.. Bingit gila suara dia ni..
Quote unguaurora 8-7-2019 04:29 PM
Kelakar la.. tgk komen byk yg komen pasal vokal nabila berbanding vokal peserta
Quote Themilo 8-7-2019 04:55 PM
aiyo netizen pun..

lain la kalau peserta menyanyi dulu, pastu bella komen cakap tak best ke, baru la syok kita berjemaah bash bella tu..

ini setakat dengar 0.3 saat, kau expect bella ada sixth sense nak teka suara orang based on appearance?

#bukankaratsejati
#hatersvroom-vroom
Quote amal12bh 8-7-2019 05:09 PM
iols tgk dia ni sejenis mcm lizzy jua..lagu semua best2..tapi nyanyi live, hauk n haus sgt..
Quote lazim 8-7-2019 05:21 PM
Tapi pelik jgk. Sheols ni muka biasa sgt. Yg retis lain lbh comel pon xde luck nk top, suara haus tapi fans rmi. Ms af dulu pon org dok tuduh family undi sendri / astro manipulate undi. Tp terbukti luck sheols bkn biaser2. Berbekalkn wajah sedang2, sore haus2 pon blh top sbb lagi catchy
Quote Zazashar 8-7-2019 05:42 PM
Iyer.. smlm tengok rancangan ni, tertanya2 jugak kenapa dia ni jadi artis jemputan sbb suara tak sedap langsung. Suara bingit sgttt!!
Quote palmolive 8-7-2019 05:45 PM
setakat duk keluarkan single jek pun dh leh jadi juri...hehehe..
Quote Noraniza_Iblis 8-7-2019 05:56 PM
yg tv3 amek die nyanyi part iklan tu pon...
aku dah berdarah telinge...
aku dgr wtfff...
ingt peserta yg suara tk sedap yg nyanyi...
skali si bela ni yg nyanyi...hancussss
Quote Adeakukesah11 8-7-2019 05:57 PM
Smlm aku tgok kt youtube je since ada kat kluar
Yg lawoknye live chat sume duk kuar komen ‘penyamar’ ‘penyamar’ time si chipmunk ni nyanyi

Quote Adeakukesah11 8-7-2019 05:58 PM
Btw aku respek jugak ngn si bella ni sbb die tkde gigih nk alter hidung jambu dia hihiihi

Serius aku kalau tgok dia, mmg nmpk hdung dlu ampunnnnnnn !
Quote missycutie 8-7-2019 06:03 PM
Bila dia menyanyi, macam something wrong somewhere. Sgt mengganggu pendengaran. Glamer sbb lagu dia catchy. Suara hauk
Quote missycutie 8-7-2019 06:06 PM
Adeakukesah11 replied at 8-7-2019 05:57 PM
Smlm aku tgok kt youtube je since ada kat kluar
Yg lawoknye live chat sume duk kuar komen ‘penyama ...

Ingatkan aku je fikir suara dia mcam chipmunk. Hi3
Quote AmandaRollins 8-7-2019 06:10 PM
Sanggup xtgk icsyvm sbb ada itik serati ni as guest...boleh blah dari industri seni ni cpt2..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.039437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top