CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ngeri! Gara-Gara Terapi Ikan Di Thailand, Wanita Ini Hilang Semua Jari Kaki

25-7-2019 12:02 PM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 6673| Komen: 23|Original author: Oleh: M. Manis


Kalau ke Thailand, terapi ikan adalah aktiviti wajib yang perlu dijalani. Tak lengkap rasanya kalau melancong ke Thailand tapi tidak melakukan terapi ikan yang banyak ditawarkan di pinggir jalan dan pusat membeli belah.


Terapi ikan ini dikatakan bagus kerana dapat membuang serta membersihkan kulit sel mati, merawat penyakit kulit sensitif seperti eczema dan sebagainya. Disebabkan itulah ramai yang mencuba terapi ini dengan harapan menjadi lebih sihat dan cantik.

Gara-Gara Terapi Ikan Di Thailand, Wanita Ini Hilang Semua Jari Kaki


Berbeza dengan seorang wanita dari Perth ini. Beliau pernah menjalani pembedahan pada 2006 selepas terpijak kaca akibat daripada jangkitan pada tulang kakinya dan disahkan sembuh sepenuhnya.


Pada 2010, beliau melancong ke Thailand dan melakukan terapi ikan. Namun apabila pulang dari sana, beliau sering jatuh sakit, demam, tidak boleh meletakkan tekanan pada kakinya dan sebagainya.

Selepas setahun, doktor mendapati bahawa beliau menghadapi penyakit serius dan jarang dijumpai yang termasuk dalam jangkitan pada tulang. Semuanya gara-gara air dalam tangki ikan yang beliau jalani terapi ikan itu sudah dijangkiti dengan penyakit bawaan air dan menjangkiti tulangnya yang pernah menjalani pembedahan empat tahun lalu.

Dua tahun kemudian, ibu jari kaki kanannya terpaksa dibuang. Penderitaan yang disangka akan berakhir bersambung lagi apabila jangkitan kuman sudah merebak pada kesemua jari di kaki kanannya. Memakan masa lima tahun untuk membuang kesemua jarinya, jari terakhir Victoria  dibuang pada November 2017.

Terapi Ikan Thailand 1

Merasakan sudah sihat sepenuhnya jika dibandingkan dengan sebelum ini, Victoria berkongsi kisahnya dengan pengguna internet agar mereka lebih positif dan berkeyakinan dengan kaki mereka tidak kiralah dalam bentuk atau saiz apa pun.

Jadi untuk anda yang mahu ke Thailand, hati-hati. Takut tersalah langkah pula nanti. - CARI 

Sumber: Newsweek

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 25-7-2019 12:08 PM
Rasa pernah baca kisah ni.

mmg kesian.....
Quote Boomibulat 25-7-2019 12:11 PM
chinta89 replied at 25-7-2019 12:08 PM
Rasa pernah baca kisah ni.

mmg kesian.....

Rasanya mmg pnh ada kat sini lama dulu...
Quote jijilaaa 25-7-2019 12:15 PM
xdak pasai p cari pasai
Quote Artemesiaa 25-7-2019 12:17 PM
Tahap kebersihannya terlalu meragukan sebab tu tak berani nak cuba
Quote umbut 25-7-2019 12:19 PM
Dolu3 viral terapi ikan... sekarang rasa semua spa ikan dah tutup.. ke ada lagi... tak pernah try sebab rasa geli ikan patuk patuk
Quote Lemonadelover 25-7-2019 12:42 PM
ngerinyaaa. tp yg kat sunway pyramid tu ada lagi kan. lalu sana mcm x ramai pelanggan. tp mmg gelilah takut nk pegi. masa tgh hype dulu teringin tp husband kata jangan kotla ikan berpenyakit ke apa
Quote be-keng 25-7-2019 12:46 PM
aku tak pernah rasa berahi nak celup kaki dalam spa2 kaki ni
Quote be-keng 25-7-2019 12:46 PM
prevention > cure
Quote dekmieDandy 25-7-2019 12:48 PM
takyah gi spa, kalau gi mandi sungai pon kekadang ikan ni ada

tapi x banyak ler
Quote cik_kuntum36 25-7-2019 12:55 PM
pernah teringin nk cube tp xberani sbb terpk ikan tu berkongsi mkn kulit mati kaki org2... so geli...
Quote mawar_mustika 25-7-2019 01:34 PM
masa pergi cambodia dlu teringin nk try tp ble tgk tempat fish spa die mcm kurang bersih je trus xjd
Quote Kurex 25-7-2019 01:50 PM
Aku pergi dekat sungai je.. Ikan yg sama tapi liar. Sambil merendam kaki, aku nyanyi lagu Suriram.. Suriramramram.. Suriram yang manis.. Aduhai suriram sayang makin dipandang bertambah manis.. Sambil tangan mengusik gigi air
Quote kualibesi 25-7-2019 02:20 PM
x rasa nk fish massage pun. scaryyy
Quote KIM.K 25-7-2019 02:21 PM
Pernah buat full body terapi ikan sebelah G-Hotel Penang. Ikan cium2, makan sel mati kot. Geli
Takda rasa apa-apa perubahan

Perubahan paling best buang kolestrol pakai rendaman kaki letrik rendah guna garam Epsom. Puas gila ringan badan. Kat pwtc ada
Quote evlinne 25-7-2019 11:19 PM
KIM.K replied at 25-7-2019 02:21 PM
Pernah buat full body terapi ikan sebelah G-Hotel Penang. Ikan cium2, makan sel mati kot. Geli
Takd ...

Berapa tu?? Apa nama kedai yg uols pergi?
Quote Foxey 25-7-2019 11:21 PM
Ngeri nengok gambar kaki dia. Pernah try sekali spa ni kat Sunway lama dulu. Tu pun sekejap2 angkat kaki keluar dari kolam sebab masih geli geleman sebenarnya. Itulah kali pertama dan terakhir.
Quote KIM.K 25-7-2019 11:23 PM
evlinne replied at 25-7-2019 11:19 PM
Berapa tu?? Apa nama kedai yg uols pergi?

Few years ago RM120 dekat mall sebelah G-Hotel. Tingkat 2 atau 3 spa ikan tu. Kaki sahaja RM90 tak silap..tak berbaloi macamtu jadi iols ambil full terus
Quote Cpkay 26-7-2019 10:27 AM
baju tajuk je.. ingat kene gigit pirana ..bila baca content ooo.. sebab virus rupanya..
takutlah nak gi spa ikan ni dari dulu..
Quote sarah82 26-7-2019 09:16 PM
Pernah cuba.. Mula rasa geli.. Tapi ok la juga..tapak kaki kasar rasa lembut saja

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.095310 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top