Tidak salah membela haiwan peliharaan namun sekiranya ia sampai tahap menyusahkan jiran tetangga, bagaimana pula? Menurut Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan itu dengan baik dan terurus.
Selain itu, tidak membiarkan ia keluar ke rumah jiran dan membuang najis merata-rata sehingga menyusahkan jiran tetangga. “Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya seperti dilaporkan Bernama. Katanya lagi, tiada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, namun baginda mengingatkan agar tidak menyeksa dan menyakitkan kucing.
Oleh yang demikian, mereka ini dinasihatkan agar tidak membela kucing sekiranya hobi itu menyebabkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran. - CARI |
akies: Betul. Sakit ati pagi2 kena basuh berak kucing.Kencing kucing merata di porch , bawah kereta.Pastu pokok mati sbb kucing kencing kat situ.Orang n ...
ADVERTISEMENT