CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dah Kenapa Tangkap Kerang Raksasa Tu" - Program Realiti Korea Akan Kena Tindakan!

5-7-2019 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7018| Komen: 23

Akibat tersilap langkah menangkap hidupan liar kerang raksasa yang dilindungi Thailand, sebuah acara realiti Korea Selatan bakal berhadapan tindakan undang-undang.

Kerang gergasi itu dikenali sebagai Tridacna Gigas merupakan kerang terbesar di dunia dan merupakan spesies hidupan liar terancam di Thailand. 

ProjekMM yang memetik Channel News Asia melaporkan Ketua Taman Negara Hat Chao Mai berkata semua yang terlibat dalam produksi itu akan dikenakan tindakan. 

“Kami dalam proses memfailkan aduan polis terhadap mereka yang terlibat termasuk syarikat yang memberikan kebenaran kepada produksi itu dan perantaranya,” kata Narong Kong-iad.

Kredit foto: ProjekMM


Program yang dikenali sebagai Laws of The Jungle itu didapati menerusi episod terbaharunya memaparkan pelakon Lee Yeol-eum menangkap tiga kerang raksasa di taman negara di Selatan Thailand untuk dimasak.  

“Mereka mesti faham bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah. Jabatan Taman Negara sudah menghubungi penyelaras firma untuk memaklumkan kesalahan dibuat dan tindakan undang-undang,” kata Narong.

Haiwan itu dilindungi di bawah Akta Perlindungan Haiwan dan Perlindungan Hidupan Liar 1992. - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amigurumi 5-7-2019 01:03 PM
Ermm..pelik juga, bukan selalu LOTJ akan ada local yg guide diorng ke. Selalu diorng akan buat research apa yg boleh yg tak boleh buat. Kat mana silap nya
Quote dua_chzy 5-7-2019 01:09 PM
Amigurumi replied at 5-7-2019 01:03 PM
Ermm..pelik juga, bukan selalu LOTJ akan ada local yg guide diorng ke. Selalu diorng akan buat resea ...

Guide tu terlalu worship retis kpop kot sampai takut nak tegur, atau dah cakap tapi retis kpop buat bodo.

figure-2.jpg

Kalau kerang dah rupa prasejarah gini, nak tangkap juga, memang bodo takleh berfikir bagi akak. Common sense kot tengok sekali ja pon dah tahu kerang resaksa ni bukan hidupan yang boleh dimakan sembarangan seperti kerang biasa.
Quote Artemesiaa 5-7-2019 01:14 PM
Ada betulnya nampak mereka main ambil apa2 saja yang boleh dimakan tampa mengetahui sama ada ia dilarang untuk berbuat sebegitu dinegara tu.  Yang di NZ dulu gigih mereka ukur dulu bila ditangap kalau tak cukup ukuran mereka akan lepaskan.  Kali ni macam main sauk ikut sempat je.
Quote buapakperut 5-7-2019 01:14 PM
dua_chzy: Guide tu terlalu worship retis kpop kot sampai takut nak tegur, atau dah cakap tapi retis kpop buat bodo. 454566 Kalau kerang dah rupa prasejarah gini ...

oh ini rupanya, kima ke apa namanya kan.memang rare. retis tu tak study dulu ka
Quote LadyCarefree 5-7-2019 01:17 PM
Semua ymg buat program realiti dn peserta mmang bangang
Quote Amigurumi 5-7-2019 01:18 PM
dua_chzy replied at 5-7-2019 01:09 PM
Guide tu terlalu worship retis kpop kot sampai takut nak tegur, atau dah cakap tapi retis kpop bua ...

Maybe la kot kak, tak sabar nak dgr response LOTJ. Anyway, thanks for the pict! Ermm, rupa exotic cmtu sanggup dimakan nya
Quote ohnoLia 5-7-2019 01:32 PM
buapakperut replied at 5-7-2019 01:14 PM
oh ini rupanya, kima ke apa namanya kan.memang rare. retis tu tak study dulu ka

I agree.. patutnyabretis kena buat research dulu. Ambik course biology marin... ala2 mcm kita sebelum menyelam ambik kelas berenang dulu
Quote sonatalady 5-7-2019 02:16 PM
Silap2 local guide sendiri x tau yg kerang tu hidupan liar terancam.sbb selalu follow LOTJ ni..dorang biasa ikut rules kalau diinform.
Nasiblah...tiba2 jadi mcm ni...
Dah lah thailand negara fav k pop artis..
Quote weezerfan 5-7-2019 02:39 PM
Bangang jugak korean ni. Byk sgt makan kimbchi kot
Quote dekmieDandy 5-7-2019 02:54 PM
bukan semua negara rule sama

ada satu tempat tu tiap-tap hari diorang tangkap giant clam ni, xde masalah

sini memang salah tour guide la kot
Quote Foxey 5-7-2019 03:04 PM
Ha tak pasal kena amik tindakan. Tapi kalau tengok gambar kerang besar camtu, sanggup juga depa ni makan
Quote manehnya 5-7-2019 03:15 PM
main2 ngan siam ... mmg mendapatlah, jabatan laut depa mmg sgt syg alam sekitar, p berkelah bekas polistrin mana boleh, pengusaha boat semua bawak bekal dlm bekas yg boleh pakai semula, which is tipuware, sbb nk jaga alam sekitar bla bla..
Quote manehnya 5-7-2019 03:15 PM
Foxey replied at 5-7-2019 03:04 PM
Ha tak pasal kena amik tindakan. Tapi kalau tengok gambar kerang besar camtu, sanggup juga depa ni m ...

huhu kt semporna, tawau mmg yg besar ni depa lapah mcm tu ajer.. huhu... bleh buat lawatan kt pasar basah
Quote multinicky 5-7-2019 03:18 PM
dh lame x tgk LOTJ.. tp ad sekali buat dkt brunei, ad sorg contestant teringin sgt nak makan babi brunei..so theyols pon buru babi smpi dapat..
Quote makkenits 5-7-2019 03:23 PM
team LOTJ Thailand ni mcm bodoh skit.. mak aku yg peminat tegar siri ni pun dok tanya apsal team kali ni mcm x tau apa2? bodoh dan bengap sampai buah yg diorg x kenal pun diorg berani kutip makan.. bukan rasa ye tp mkn terus.. team sblm ni, if diorg rasa was2 dengan buah yg diorg x tau, diorg ada bising2 tanya kru or rasa skit dulu nak tgk pening atau x sblm mkn betul..
Quote kroit92 5-7-2019 03:44 PM
bukan LOTJ ni selalunya ada local guide ke?
tapi siyes la.. kerang gergasi tu buat makan..
Quote cikkatak 5-7-2019 03:46 PM
Selalu bukan local akan guide ke apa boleh apa tak boleh? Ni pakai bedal memang masak la... production LOTJ mesti panas bontot dah.
Quote nazzse 5-7-2019 04:11 PM
dua_chzy: Guide tu terlalu worship retis kpop kot sampai takut nak tegur, atau dah cakap tapi retis kpop buat bodo. 454566 Kalau kerang dah rupa prasejarah gini ...

Sebab dieorg dah biasa tangkap kerang2 sebesar ni dlm episod2 sebelum ni dekat negara lain tu yg take for granted..rupanya dkt thailand law tak boleh..mendapatlah kali ni
Quote tikusmontok 5-7-2019 04:15 PM
makkenits replied at 5-7-2019 03:23 PM
team LOTJ Thailand ni mcm bodoh skit.. mak aku yg peminat tegar siri ni pun dok tanya apsal team kal ...

kannn team yang ni mcm bengap sikit. byungman lambat sikit spi kat tpt dorang, memasing dah termanggu2 bodo tak tau apa nak buat.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084551 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top