Beberapa hari yang lalu berakhirlah episod drama yang mendebarkan dan menyayat hati dibintangi pelakon drama hebat Janna Nick, Syafiq Kyle dan artis popular dari seberang yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Baim Wong. Drama yang diarahkan oleh Ejump Mohd ini mengisahkan hubungan dua darjat dan konflik di antara Riana lakonan Janna Nick, Tengku Isma lakonan Syafiq Kyle dan Arjuna lakonan Baim Wong menjadikan plot ini begitu mendebarkan dan dinantikan oleh penonton pada setiap hari. Walaupun telah tamat, drama yang mengisi slot Akasia TV3 itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada orang ramai kerana memaparkan babak-babak yang tidak wajar ditonjolkan seperti tindakan seorang isteri yang menderhaka kepada suami. Menurut netizen, lakonan watak utama ini akan menyebabkan ramai orang terikut-ikut dengan sikap isteri yang tidak menghormati suami.
Malahan ada juga netizen yang mengaitkan kes rogol kanak-kanak 12 tahun dan 4 tahun yang mengejutkan negara baru-baru ini antara contoh kesan buruk aksi drama kepada penonton. Menurut mereka, setiap perilaku yang ditonton boleh mengundang peniruan kepada sesiapa sahaja tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Tambahan pula, rata-rata netizen semakin bosan dengan jalan cerita drama Melayu yang mempunyai unsur kurafat dan jauh terpesong dari realiti. Bukan sahaja netizen yang muak dengan jalan cerita ini, editor televisyen yang melakukan proses suntingan untuk tayangan tv juga berasakan para produser hanya ingin mengaut keuntungan dan wang ringgit tanpa memikirkan kesannya kepada psikologi penonton. Mungkin ada benarnya apa yang disuarakan oleh netizen ini. Plot penceritaan drama Melayu sering dikaitkan dengan keganasan rumahtangga dan plot pericntaan dua darjat yang berulang-ulang. Mungkin pengarah dan penerbit boleh tingkatkan daya imaginasi dan menghasilkan karya yang lebih asli dan menjadi lebih kreatif, apa pendapat anda? - CARI |
C1k_J4h replied at 5-7-2019 12:18 PM
baik layan drama korea
lg bagus
lina21 replied at 5-7-2019 12:09 PM
iols nak demand producer drama melayu ni ubah plak trend drama
buat la drama pasal teaM kerja mcm ...
RumiMenari replied at 5-7-2019 12:30 PM
Tok usop dh buat gerak gerak gerak khassssss....
Drpd zaman i sekolah smpi dh brenti keje jd h ...
lina21 replied at 5-7-2019 12:33 PM
Jgn la buat ala2 gerak khas...Tu edisi skema Sgt...yg polis bhgn forensic gi kj pakai baju biasa j ...
C1k_J4h: baik layan drama korealg bagus
C1k_J4h replied at 5-7-2019 12:18 PM
baik layan drama korea
lg bagus
lina21 replied at 5-7-2019 12:04 PM
sampai bang jamil mampus pun pusing2 drama melayu akan lebih kurang sama citer dia...
jadi stop ...
ADVERTISEMENT