"Mulut adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang sesuka hati oleh orang lain, walaupun ayah dan ibu sendiri." Itu nasihat Yana Samsudin kepada ibu bapa di luar. Menegaskan aksi cium bibir ini bukan budaya kita dan ajaran Islam, Yana menjelaskan perbuatan anaknya Aisy Mateen,3 adalah di luar jangkaanya walaupun telah dipesan sebelum ini. Aisy Mateen yang tiba-tiba mencium bibirnya ketika mereka sedang menonton televisyen, sedangkan dia sudah melarang perbuatan itu sebelum ini. Lalu Yana sekali lagi menasihati anaknya bahawa bibir adalah bahagian sulit yang perlu dijaga. Tiada siapa yang dibenarkan untuk menyentuh bahagian sensitif itu.
Pelakon yang kini giat menjadi pengacara itu berkata ibu bapa tidak sepatutnya membenarkan perbuatan itu. Maklumlah isu berkaitan pendidikan seksualiti perlu disemai sejak anak kecil supaya mereka memahami perkara yang dilarang. Sebagai ibu, Yana berkata, dia risau sekiranya perbuatan itu dilakukan anaknya terhadap orang lain yang mungkin menimbulkan salah faham. Kebersihan dan imunisasi memang diterapkan dalam pembelajaran kepada anak, tetapi dalam masa sama turut menerapkan pendidikan seksual. "Semalam, Mateen tiba-tiba mencium bibir saya ketika sedang bersiaran secara langsung menerusi Instagram. Saya terkejut, tidak tahu siapa yang ajar dia berbuat demikian." "Saya beritahu dia, boleh cium, tetapi hanya di pipi dan dahi, bukan bibir. Kalau ada orang lain buat, halang mereka atau jerit kuat-kuat. "Perbuatan itu salah. Saya risau sangat jika tidak dilarang, apabila bersekolah nanti, tiba-tiba dia mencium kawannya atas alasan sayang," Menceritakan pengalamannya ketika membesarkan Mateen pada usia setahun, ada seorang lelaki yang tidak dikenali datang berbual-bual dengannya lalu menceritakan yang dirinya tidak mempunyai anak. Kemudian lelaki tersebut memberikan seringgit kepada Mateen lalu melarikan diri. Dalam masa seketika Yana merasakan anaknya dicabul oleh pedofilia. Dengan segera dia menyapu bibir anaknya. "Pengalaman kedua juga mengerikan. Ketika majlis jamuan di kalangan artis. Seorang lelaki mengagah Mateen kemudian terus mencium mulutnya lalu melarikan diri. Dah la bau rokok." Kejadian tersebut membuatkan Yana fobia hingga lebih berhati-hati selepas kejadian itu. Dalam pada itu, Yana turut menyelar perbuatan ayah mencium mulut anaknya, tidak kira lelaki atau perempuan kerana itu bukan adab kita walau tidak bernafsu. "Mak pun tak boleh kiss anaknya di bibir. Nabi Muhammad pun tak ajar mencium di bibir. Sebab tu dah ada garis panduan yang boleh dan tak boleh," jelasnya lagi. Nampaknya, ia seakan berturutan selepas kejadian Norman mencium bibir anak perempuannya Danisha. Jadi, jelas sudah Yana menerapkan nilai-nilai murni yang betul kepada anaknya. Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah. - CARI . |
Sazida replied at 10-7-2019 08:08 PM
Smlm i g aeon setiawangsa, keluar Watsons tu tgk ade sorang bapak yg penyayang tgh sedap peluk ank p ...
Cari-Azza replied at 10-7-2019 08:56 PM
umur bape anak dia?
bintangterang replied at 10-7-2019 08:32 PM
kena ada batas jgk ayah dgn ank pompuan.kita tgk yg rapat sgt pun rasa seriau
Sazida replied at 10-7-2019 10:46 PM
Sy rasa dlm lingkungan 16-19 mcm tu. Yg confirm nya mmg dh ank dara. Bapak dia siap belai2 lagi sa ...
ADVERTISEMENT